Now Reading
Perlu Ada Ilmu Jika Mahu Boikot, Elak Penganiayaan Terhadap Pihak Lain – Dr Izhar Ariff

Perlu Ada Ilmu Jika Mahu Boikot, Elak Penganiayaan Terhadap Pihak Lain – Dr Izhar Ariff

Menurut Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah UKM, tindakan memboikot dengan emosi dikhuatiri akan menyebabkan terjadinya kezaliman kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boikot merupakan antara perkara yang sering ditakuti oleh kebanyakan peniaga. Ini kerana tindakan atau kempen memboikot daripada pengguna sememangnya memberi kesan kepada perniagaan mereka.

Walaupun langkah boikot nampak kecil, hakikatnya ia boleh menjejaskan prestasi perniagaan terutama dari segi pendapatan syarikat.

Sejak akhir-akhir ini, kempen memboikot khususnya terhadap produk keluaran Israel dilihat semakin meluas sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.

Bukan itu sahaja, peniaga di Malaysia yang mencetuskan kontroversi juga tidak terkecuali dari diboikot.

Elakkan Kezaliman & Penganiayaan Terhadap Pihak Lain

Boikot bukanlah satu kesalahan namun kempen memboikot sesuatu produk perlu didahulukan dengan ilmu agar tidak berlaku penganiayaan terhadap pihak lain.

Menurut Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, tindakan memboikot dengan emosi dikhuatiri akan menyebabkan terjadinya kezaliman kepada pihak yang tidak sepatutnya.

“Hukum boikot ini secara asasnya untuk melemahkan ekonomi musuh Islam dan kita juga perlu bersandarkan kepada fatwa daripada mufti serta ilmuwan Islam.

“Hukum boikot untuk semua produk haram adalah jelas iaitu kita perlu memboikotnya, tetapi produk yang tidak jelas, kita perlu berhati-hati.

“Contohnya jika sesebuah perniagaan itu milik orang Islam yang menggunakan cap dagang jenama luar, pada masa sama, jenama berkenaan tidak jelas tentang pendiriannya, ini kita perlu berhati-hati,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Pentingnya Ilmu Dalam Boikot

Tambah beliau, ilmu dalam memboikot adalah sangat penting agar tiada peniaga atau pekerja Islam yang terkesan dengan tindakan tersebut.

“Kita tidak boleh melaksanakan boikot dengan kejahilan serta taasub, itu akan menjerumuskan kita dalam menzalimi orang lain.

“Agenda boikot bagi produk yang tidak jelas adalah bergantung kepada hak individu dan tiada hukum yang mengikat mereka sama ada untuk tidak membeli ataupun untuk membeli sesuatu produk itu.

“Pada masa sama, syarikat ini membayar zakat dan menyumbang ekonomi tempatan, jika kita boikot, mungkin akan menzalimi orang lain,” katanya lagi.

Terdahulu, kempen memboikot khususnya terhadap produk keluaran Israel giat dijalankan di negara ini.

Tindakan ini dikatakan berkesan susulan terdapat luahan yang dibuat oleh segelintir pekerja syarikat yang terjejas dan didakwa dibuang kerja akibat daripada kempen ini.

Malah, Kementerian Sumber Manusia (KSM) pernah mengeluarkan kenyataan mana-mana pekerja yang terjejas akibat kempen tersebut boleh mengemukakan aduan kepada KSM.

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Sumber Manusia V Sivakumar, tiada lagi individu yang tampil membuat laporan.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Boikot: Boleh Ke Kita Kecam Individu Beli Barangan Dari Produk Yang Perlu Diboikot?

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Terima Orang Belanja Tapi Dari Syarikat Yang Diboikot? Ini Penjelasan Dari UAI


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd