Isu Boikot: Boleh Ke Kita Kecam Individu Beli Barangan Dari Produk Yang Perlu Diboikot?
Baca dan hadam. Isu boikot ini bukanlah perkara yang boleh diambil enteng.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, topik boikot pada ketika ini sedang meraih perhatian ramai serta hangat diperbahaskan oleh banyak pihak. Malah, ramai juga dilihat bertikam lidah sesama sendiri jikalau ada pihak yang tidak memboikot produk/jenama tertentu.
Dalam erti kata mudah; mengecam dan dikecam.
Tidak dinafikan, kuasa boikot ini sememangnya luas. Walau bagaimanapun, tidak semua di dunia ini mampu untuk bertindak memboikot dalam sekelip mata.
Baca Artikel Berkaitan: Musim Boikot Kembali: Dari Kaca Mata Anak Malaysia [Pendapat]
Kalau mereka bekerja di syarikat tertentu yang pada ketika ini sedang diboikot, tidak sewenangnya mereka perlu berhenti kerja serta-merta, bukan?
Ingat senang ke nak cari kerja dalam masa yang singkat?
Sebab itulah budaya ‘mengecam’ ini perlu dikawal supaya tidak melampaui batas sehingga menyakiti lebih ramai pihak yang tidak bersalah.
Isu Boikot Jadi Extreme Hingga Menyebabkan Pergaduhan, Penghinaan, Sindiran Sesama Sendiri
Isu ini telah terbangkit dan dibahaskan oleh seorang pendakwah, Ustaz Don.
Individu ini menjelaskan pendapat beliau mengenai kempen boikot yang pada ketika ini sedang aktif dilakukan oleh masyarakat di seluruh negara.
“Bab boikot ini. Dia pertama sekali yang saya nak jawab ni boleh jadi saya salah. Sekiranya apa yang ada dalam fatwa itulah lebih betul. Ikut yang fatwa.
“Dan apa yang saya nak cakap ni saya susun satu-satu supaya kita faham, bukan kita cerita untuk melawan.
“Sekarang keadaan genting jangan kita terukkan lagi. Jadi dengar dengan hati yang terbuka, pemikiran yang matang,” kata Ustaz Don.
Ustaz Don Saran Untuk Boikot Ikut Cara Nabi SWT
Bukan itu sahaja, Ustaz Don turut memberitahu bahawa Nabi SWT juga pernah melakukan perbuatan boikot ini namun ia bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada para sahabat.
Ustaz Don. pic.twitter.com/AJQHRsQoAd
— sajida (@sajidareads) November 13, 2023
“Sebagai contoh, hari ini orang banyak cakap tentang makanan segera. Orang banyak suruh dan banyak berlaku kepada kawan-kawan kita yang bekerja di restoran makanan segera kena berhenti kerja dan sebagainya.
“Ia bukan suatu perkara yang senang, lagi satu orang yang kerja dan menanggung keluarga balik rumah beritahu kata dia tak ada kerja, dia dibuang. Perkara itu bukan satu benda yang menarik.
“Kenapa orang hanya tuju kepada makanan segera semata-mata, kenapa (tidak) syarikat yang berpangkalan daripada Israel sendiri?” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Boikot Membabi Buta” – Ustaz Don [Video]
Pendapat Sheikh Assim Al-Hakeem Perihal Isu Boikot
Seorang pengguna laman X @sajidareads baru-baru ini menerusi ciapannya telah memberikan beberapa ringkasan penting mengenai isu boikot yang telah diambil daripada pesanan Sheikh Assim Alhakeem.
Jelasnya, boikot adalah pilihan peribadi berkaitan duit yang dibelanjakan oleh seseorang. Jadi, seseorang itu tidak boleh untuk menyuruh ataupun memaksa orang lain untuk mengikuti apa yang kita praktik secara peribadi.
Malah, ketika zaman Nabi SWT saat sedang berperang, Nabi langsung tidak menyuruh atau memaksa sahabat untuk berhenti daripada membeli barangan daripada golongan kafir yang berperang dengan Muslim, seperti Rom, Parsi, dan lain-lain.
Baca Artikel Berkaitan: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?
Tambah beliau lagi, jika seseorang itu ingin melakukan perbuatan boikot dengan niat kerana tidak reda dengan apa yang musuh Islam lakukan kepada orang Islam, anda boleh berbuat sedemikian dan InsyaAllah akan dapat pahala.
Namun, jangan sesekali untuk memerli, memandang rendah atau serong, mahupun mengecam individu yang melakukan sebaliknya.
Kesimpulannya di sini, boleh boikot dengan niat baik sebab insyaAllah akan dapat pahala. Tapi tak perlulah berkelakuan zalim atau menghina individu lain tak masih tidak memboikot barangan yang kita dah boikot.
Sheikh Assim. pic.twitter.com/FBiRM7sFir
— sajida (@sajidareads) November 13, 2023
Kesimpulannya, umat Islam pada ketika ini hanya perlu menguatkan semangat dan keimanan dalam kiri masing-masing dengan cara menjauhi segala dosa. Kerana dosa merupakan punca utama kelemahan dalam kalangan umat Islam.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya. Ameen YRA.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.