Now Reading
Boleh Ke Terima Orang Belanja Tapi Dari Syarikat Yang Diboikot? Ini Penjelasan Dari UAI

Boleh Ke Terima Orang Belanja Tapi Dari Syarikat Yang Diboikot? Ini Penjelasan Dari UAI

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa tindakan memboikot dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Boikot Zaddi dan Boikot Maknawi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu melibatkan tindakan memboikot barangan dari syarikat yang menyokong Israel masih menjadi topik hangat sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan beberapa pihak.

Kalau anda perasan, premis makanan dan minuman terkenal yang dahulunya sentiasa penuh tanpa mengira waktu kini dilihat sunyi dengan jumlah pelanggan yang sedikit.

Bukan itu sahaja, masyarakat juga lebih berhati-hati dalam memilih barangan keperluan rumah seperti sabun basuh, pewangi bilik, cecair pencuci pinggan dan sebagainya agar tidak membeli produk dari syarikat Israel.


Apa Pula Hukum Jika Seseorang Berniat Untuk Membelanja Hidangan Dari Syarikat Yang Diboikot?

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@azman4502), satu situasi melibatkan tindakan memboikot barangan Israel telah menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat selepas ia diajukan kepada pencemarah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Dalam video itu, kedengaran seorang lelaki bertanya kepada Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI tentang perkara yang perlu dilakukan jika seseorang ingin membelanjanya hidangan dari syarikat yang diboikot.

Lelaki itu juga bertanya apa hukumnya jika kita menolak makanan tersebut kerana sedang dalam tempoh memboikot syarikat dari Israel.

Sumber: Envanto

UAI menjelaskan bahawa tindakan memboikot terbahagi kepada dua iaitu Boikot Zaddi dan Boikot Maknawi.

Boikot Zaddi ini adalah barang yang memang tidak dibenarkan sampai kiamat, contohnya daging babi, darah dan bangkai. Ini memang wajib boikot sampai bila-bila.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Untuk jenis boikot yang sedang dilakukan oleh masyarakat kini adalah dalam kategori Boikot Maknawi iaitu produknya halal tetapi membantu ke arah kezaliman.

UAI menjelaskan Boikot Maknawi ini bertindak dengan cara mengharamkan pembelian tetapi tidak haram jika dimakan.

Makannya tidak diboikot tetapi membelinya yang diboikot. Kalau makan, tidak ada kaitan dengan penambahan ekonomi. Pembelian yang menambahkan ekonomi. Jadi yang diharamkan adalah membeli dan dan bukan memakannnya.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
@azman4502

Ustaz Azhar Idrus boleh tak kita menolak makan makanan yang di belanja oleh kawan dari syarikat yang di boikot #fyp

♬ original sound – man – man

Adakah Tindakan Memboikot Beri Kesan Pada Syarikat?

Profesor Brayden King dari Institute for Policy Research Northwestern University menjelaskan bahawa usaha boikot sering dijalankan dengan matlamat untuk menekan kewangan suatu syarikat dengan meyakinkan orang ramai supaya tidak membeli apa-apa produk mereka.

Menurut King lagi, usaha boikot akan dilihat paling berjaya apabila mendapat banyak liputan media terutamanya melibatkan syarikat berprofil tinggi.

Tindakan memboikot secara meluas di seluruh dunia akan menyebabkan harga saham menjunam sekaligus mendesak syarikat yang diboikot untuk mengubah polisi mereka.

Gambar sekadar hiasan.

Jadi persoalannya, adakah tindakan memboleh boleh memberi kesan kepada mana-mana syarikat.

Jawapannya, ya.

Profesor Americus Reed II dari Wharton berpendapat bahawa usaha untuk menjayakan tindakanan boikot perlu berlaku dengan dahsyat dengan, ditambah pula dengan adanya kemajuan Internet.

Baca Artikel Berkaitan: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?

Baca Artikel Berkaitan: Jika Ingin Boikot Produk Dari Israel, Pastikan Anda Guna Cara Yang Betul & Efektif

Baca Artikel Berkaitan: [PENDAPAT] Boikot Atas Dasar Yang Betul


Elakkan Dari Kecam Individu Yang Tidak Boikot

Menurut seorang ulama Arab dikenali sebagai Sheikh Assim Alhakeem, beliau telah memberi pesanan bahawa tindakan memboikot adalah keputusan peribadi dan ia tidak boleh dipaksa ke atas orang lain.

Malah ketika zaman Nabi SWT sedang berperang, baginda langsung tidak menyuruh atau memaksa sahabat untuk berhenti daripada membeli barangan daripada golongan kafir yang berperang dengan Muslim, seperti Rom, Parsi, dan lain-lain.

Tambah beliau lagi, jika seseorang itu ingin melakukan perbuatan boikot dengan niat kerana tidak reda dengan apa yang dilakukan oleh musuh Islam, mereka boleh berbuat sedemikian dan InsyaAllah akan dapat pahala.

Namun, elakkan dari memerli, memandang rendah mahupun mengecam individu yang melakukan sebaliknya.

Kesimpulannya, anda boleh memboikot dengan niat baik tetapi tak perlulah sehingga berkelakuan zalim atau menghina individu lain yang tidak melakukan perkara sama.

Malah pendakwah bebas iaitu Ustaz Don Daniyal turut memberitahu bahawa Nabi SWT juga pernah melakukan perbuatan boikot ini namun ia bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada para sahabat.

“Sebagai contoh, hari ini orang banyak cakap tentang makanan segera. Orang banyak suruh dan banyak berlaku kepada kawan-kawan kita yang bekerja di restoran makanan segera kena berhenti kerja dan sebagainya.

“Ia bukan suatu perkara yang senang, lagi satu orang yang kerja dan menanggung keluarga balik rumah beritahu kata dia tak ada kerja, dia dibuang. Perkara itu bukan satu benda yang menarik.

“Kenapa orang hanya tuju kepada makanan segera semata-mata, kenapa (tidak) syarikat yang berpangkalan daripada Israel sendiri?” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Boikot Membabi Buta” – Ustaz Don [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd