Now Reading
Berjaya Food Catat Kerugian Bersih RM42.58 Juta, Boikot Antara Punca Utama

Berjaya Food Catat Kerugian Bersih RM42.58 Juta, Boikot Antara Punca Utama

Dalam tempoh enam bulan yang berakhir pada 31 Disember 2023, Berjaya Food malaporkan bahawa pendapatan mereka susut sehingga 20% iaitu kepada RM461.09 juta berbanding RM578.37 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak konflik peperangan yang berlaku di Palestin, masyarakat seluruh dunia telah giat menjalankan kempen memboikot jenama dan barangan yang dikatakan memberi sokongan kepada tentera Israel.

Aktiviti memboikot itu telah menyebabkan sesetengah premis terpaksa menutup perniagaan mereka di sesetengah tempat berikutan jualan yang didakwa semakin menurun.

Jika dilihat, segelintir premis perniagaan berkenaan kelihatan kosong dan kurang mendapat sambutan seperti sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?

Baca Artikel Berkaitan: Perlu Ada Ilmu Jika Mahu Boikot, Elak Penganiayaan Terhadap Pihak Lain – Dr Izhar Ariff


Berjaya Food Dedah Jualan Menurun Sejak Boikot Berkaitan Konflik Di Timur Tengah

Semalam (21 Februari), Berjaya Food Berhad (BFood) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung jualan mereka pada suku kedua terakhir 2023.

BFood mendedahkan bahawa mereka mengalami kerugian dari segi pendapatan kumpulan iaitu daripada RM295.32 juta kepada RM182.55 juta.

Dari segi kerugian bersih pula adalah sebanyak RM42.58 juta berbanding dengan keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama setahun lalu.

Menurut BFood, penurunan sebanyak itu adalah berkaitan aktiviti memboikot yang dikaitkan dengan konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Selain itu, kerugian sebelum cukai juga ditanggung disebabkan jualan rendah berikutan pelupusan ekuiti BFood dalam Jollibean Foods Pte Led (JFPL).

Kerugian sebelum cukai sebanyak RM39.81 juta yang ditanggung pada suku semasa adalah disebabkan oleh jualan yang lebih rendah didaftarkan dan kerugian secara one-off daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti BFood dalam Jollibean Foods Pte Led (JFPL).

Berjaya Food Berhad (BFood)

Dalam tempoh enam bulan yang berakhir pada 31 Disember 2023, BFood melaporkan bahawa pendapatan mereka susut sehingga 20% iaitu daripada RM461.09 juta daripada RM578.37 juta berbanding pada tempoh sama tahun lalu.

Lembaga pengarah kumpulan BFood berpandangan bahawa prestasi operasi kumpulan ini akan menunjukkan peningkatan bagi baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Dalam kenyataan sama, BFood optimis jualan kumpulan dijangka akan kembali meraih momentum kerana menganggap situasi yang berlaku sebagai jangka masa pendek dan berharap perkembangan positif bakal berlaku pada masa akan datang.

Sebagai info, antara produk makanan yang bernaung di bawah Berjaya Group di Malaysia adalah Starbucks, Paris Baguette, Dilmah, Kenny Rogers Roasters, KELAVA dan Krispy Kreme.


Perlu Ke Boikot Starbucks, Coca-Cola Dan McDonald’s Malaysia?

Hasil pemerhatian mendapati bahawa perniagaan Starbucks, Coca-Cola Dan McDonald’s antara jenama yang diboikot dengan jelas oleh rakyat Malaysia.

Memetik sumber Malaysia Bersuara, hasil carian mendedahkan bahawa ketiga-tiga cawangan berkenaan di Malaysia tidak memberikan sumbangan secara langsung kepda pihak Israel.

McDonald’s sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa perniagaan mereka dimiliki oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat operasi tempatan yang diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd di bawah syarikat Reza Group dari Arab Saudi pada tahun 2017 dan telah menjadi entiti 100% milik orang Islam.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan McDonald’s Israel Beri Makanan Percuma Pada Tentera & Warga Penjajah Tidak Cerminkan Nilai McD Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Perlukah Starbucks, Coca-Cola dan McDonald’s diboikot dalam usaha menentang Israel?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd