Now Reading
Tindakan McDonald’s Israel Beri Makanan Percuma Pada Tentera & Warga Penjajah Tidak Cerminkan Nilai McD Malaysia

Tindakan McDonald’s Israel Beri Makanan Percuma Pada Tentera & Warga Penjajah Tidak Cerminkan Nilai McD Malaysia

McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh McDonald’s Israel adalah keputusan bersendirian dan bukan keputusan global.

palestin mcdonalds malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, McDonald’s Israel mengumumkan bahawa restoran makanan segera itu mengedarkan bekalan makanan secara percuma kepada tentera serta rakyat Israel susulan serangan dari kumpulan Hamas.

Tindakan tersebut walau bagaimanapun telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan masayarakat.

Ramai rakyat Malaysia yang turut mempersoalkan sama ada McDonald’s di Malaysia memihak kepada Israel sehingga timbul usaha untuk memboikot restoran makanan segera ini.

Artikel Berkaitan: McDonald’s Israel Donate Meals To Israeli Soldiers Amidst Conflict, Triggers Boycott


McDonald’s Malaysia Tampil Beri Penjelasan

Susulan isu yang timbul ini, pihak McDonald’s Malaysia menerusi laman Instagram mereka (@mcdonaldsmalaysia) tampil memberi penjelasan berhubung perkara yang menjadi kegusaran masyarakat.

McDonald’s Malaysia dalam kenyataannya menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh McDonald’s Israel adalah keputusan bersendirian dan tidak mencerminkan amalan dan nilai McDonald’s Malaysia.

Malah, perbuatan McDonald’s Israel itu juga tidak melambangkan keputusan global.

Keputusan sebelah pihak yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh
dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat, atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global. Tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah contoh kepada tindakan individu yang dimaksudkan, ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain.

McDonald’s Malaysia.
Sumber: KL Foodie
McDonald’s Malaysia 100% Milik Islam

McDonald’s Malaysia yang dimiliki oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat operasi tempatan yang diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd di bawah syarikat Reza Group dari Arab Saudi pada tahun 2017 dan telah menjadi entiti 100% milik orang Islam.

Sejak pengambilalihan itu, McDonald’s Malaysia juga telah membayar zakat pada setiap tahun.

Sehingga 2023, kami telah membayar lebih RM12 juta zakat kepada 14 negeri di seluruh Malaysia bagi membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.

McDonald’s Malaysia.

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut komited untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan mengambil ribuan masyarakat tempatan sebagai pekerja.

Di McDonald’s Malaysia, kami komited dalam usaha menyumbang kembali Kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi kami. Kami juga mengambil beribu-ribu warga tempatan sebagai kakitangan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat di negara ini.

McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Di Negara Islam Sumbang Bantuan Kepada Palestin

Dalam pada itu, McDonalds di negara-negara Islam termasuklah Qatar, Turkiye, Oman dan Arab Saudi turut mengeluarkan kenyataan dengan tidak memihak kepada Israel.

Malah, mereka juga telah menyumbang dana kepada rakyat Palestin seperti jumlah berikut:

  • McDonald’s Turkiye: $1,000,000
  • McDonald’s Arab Saudi: $530,000
  • McDonald’s Oman: $100,000
  • McDonald’s Qatar: $270,000

BDS Malaysia Beri Respon Terhadap Kenyataan McDonald’S Malaysia

Dalam pada itu, sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan, BDS Malaysia menyeru McDonald’s Malaysia agar menyertakan sokongan secara terbuka terhadap rakyat Palestin. Selain itu, mereka turut menyeru agar restoran makanan segera tersebut untuk mengkritik dasar genosid yang diamalkan di Israel.

Tegas mereka, kegagalan berbuat demikian akan mencerminkan seolah-olah McDonald’s Malaysia tidak prihatin dengan nasib ribuan rakyat Palestin yang sudah terkorban sekaligus menguatkan gesaan untuk memboikot restoran itu di negara ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd