Now Reading
Beli Kereta BMW Buat Kucing Sebagai Konten? Ini Penjelasan Usahawan Tudung

Beli Kereta BMW Buat Kucing Sebagai Konten? Ini Penjelasan Usahawan Tudung

Kucing peliharaan digelar sebagai Money telah dibawa ke sesi penyerahan kunci kereta BMW sambil memakai gaun merah hasil rekaan pereka fesyen, Man Kajang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang dunia perniagaan, pasti ramai usahawan di luar sana bersetuju bahawa mengembangkan bisnes sedia ada adalah satu perkara yang sukar.

Hal tersebut berkemungkinan terjadi kerana persaingan tinggi daripada jenama yang mempunyai kategori produk dan perkhidmatan sama.

Disebabkan itu, ramai peniaga dilihat telah melakukan pelbagai konten menarik serta pelik bagi menarik perhatian para pembeli terhadap produk yang dijual.


Usahawan Hadiahkan Kereta BMW Untuk Kucing Peliharaan

Seperti baru-baru ini, tular hantaran di laman Instagram seorang usahawan produk tudung (@halizamaysuri) apabila dia telah menghadiahkan sebuah kereta BMW buat kucing peliharaannya digelar sebagai Money.

Menerusi video itu, Money telah dibawa ke sesi penyerahan kunci kereta sambil memakai gaun merah hasil rekaan pereka fesyen Man Kajang.

“Bukan main diva Money dengan gaun merahnya,” katanya di ruangan kapsyen perkongsian.

Menurut Haliza, hadiah berupa kereta mewah itu telah diberikan sebagai tanda hadiah daripada si suami kepada kucing kesayangan.

Si bulus yang bergaya itu dalam masa sama telah meneroka bahagian dalaman kereta baru tersebut.

Sumber: Instagram (@halizamaysuri)

Reaksi Netizen Lihat Kucing Dihadiahkan Kereta BMW

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Haliza atas kejayaan memiliki kereta mewah hasil daripada perniagaannya.

“Alhamdulillah, rezeki yang hebat untuk puan yang selalu khatam Al-Quran,” kata seorang wanita.

Namun begitu, ada juga warganet telah memberikan pendapat dan pandangan yang negatif terhadap situasi itu.

Seorang individu berkata bahawa ianya satu konten murahan kerana pada akhirnya, usahawan tersebut yang akan menggunakan kereta itu untuk kegunaan diri sendiri.

“Demi konten murahan dan riak. Buat macam ni padahal kau yang pakai nanti,” ujar seorang individu.

Sumber: Instagram (@halizamaysuri)

Haliza Perjelas Beri Kucing Kereta Bukan Untuk Menunjuk

Susulan komen yang negatif, Haliza telah memuat naik satu lagi hantaran menjelaskan mengapa dia melakukan konten seperti itu.

Jelas founder Bawal Exclusive tersebut, dia yang telah menceburi bidang perniagaan fesyen selama 25 tahun tidak pernah terdetik dalam diri untuk bersikap riak terhadap harta dimilikinya.

Dia menjelaskan bahawa peniaga lain serta dirinya sedang bergelut untuk mencari idea konten bagi mempromosikan produk masing-masing.

Tambahnya, memikirkan konten baru untuk menarik minat para pembeli untuk suka kepada produknya adalah sesuatu yang sukar.

“Sampai tak tidur malam berfikir. Fikir nak buat video macam mana bagi orang suka tengok,” katanya.

Selepas membuat tinjaun dan analisis, dia mendapati bahawa orang ramai lebih cenderung untuk melihat konten berkonsepkan gaya hidup.

Oleh itu, dia telah menggunakan Money untuk mempromosikan jenama tudung miliknya kerana rata-rata pengguna media sosial gemar melihat telatah kucing yang bergaya dan fotogenik.

“Cara promosi begini saya lihat lebih berkesan daripada bergaya bagaikan posing seperti model di studio,” kata usahawan itu.

Bukan itu sahaja, Haliza juga berkata bahawa harta terkumpul melalui hasil jualan membolehkannya menyumbang kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Sumber: Instagram (@halizamaysuri)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Material Meow” – Wanita Sanggup Beli Rantai Kucing LV Buat Si Bulus Kesayangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

Baca Artikel Berkaitan: “Sombongnya” – Kontroversi Podcast, Ramai Kecam ‘Owner’ Les’ Copaque Tayang Koleksi Kereta Mewah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd