Now Reading
“Sombongnya” – Kontroversi Podcast, Ramai Kecam ‘Owner’ Les’ Copaque Tayang Koleksi Kereta Mewah

“Sombongnya” – Kontroversi Podcast, Ramai Kecam ‘Owner’ Les’ Copaque Tayang Koleksi Kereta Mewah

Menurut Haji Burhan, sudah tiba masanya untuk syarikat itu ketepikan segala kecaman dan terus fokus untuk menghasilkan beberapa projek baru mereka yang dapat memacu sektor ekonomi digital.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai satu video podcast daripada syarikat animasi popular, Les’ Copaque yang didakwa membuka aib serta mengutuk para pekerjanya.

Ekoran daripada penularan video itu, orang ramai mula melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap beberapa individu pihak atasan syarikat tersebut yang menceritakan soal masalah pekerja secara terbuka.

Orang ramai berpendapat podcast tersebut bukan sahaja memalukan pekerja malah turut menjatuhkan semangat para kakitangan syarikat itu.

Pengasas Les’ Copaque dakwa kebanyakan komen benci kejayaan syarikat

Terkini, Pengasas Les’ Copaque Haji Burhanuddin Md Radzi pula tampil mempertahankan syarikatnya daripada terus dikecam ramai.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, Burhanuddin atau turut dikenali sebagai Haji Burhan mendakwa kebanyakan komen kecaman yang diterima syarikat itu adalah daripada bekas pekerjanya.

“Setelah membaca semua komen, ‘mostly’ daripada bekas kakitangan saya. Saya boleh katakan bahawa sebahagian besar adalah komen yang benci akan kejayaan kami (Les’ Copaque),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Segala tuduhan adalah fitnah

Menurutnya, segala tuduhan yang telah dilemparkan kepada syarikat yang terkenal dengan siri animasi ‘Upin & Ipin’ itu juga adalah fitnah.

Jelasnya lagi, dia menegaskan sudah tiba masanya untuk syarikat itu ketepikan segala kecaman dan terus fokus untuk menghasilkan beberapa projek baru mereka yang dapat memacu sektor ekonomi digital.

“Tiba masanya untuk kita teruskan kerana para pekerja setia saya yang mencecah hampir 200 orang akan sibuk sehingga akhir tahun ini.

“Bagi mereka (bekas pekerja) di luar sana yang ingin kembali, anda dialu-alukan. Tapi jika anda gagal diterima, please move on. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Burhan kongsi gambar kereta mewah

Dalam hantaran yang sama, pemegang watak ‘Tok Dalang’ itu juga dilihat memuat naik beberapa gambar kereta mewah miliknya sebagai bukti kejayaan yang telah dikecapi.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook terus mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Burhan itu kerana tidak mahu mengaku kesalahan syarikatnya selain enggan meminta maaf secara terbuka.

Tular podcast Lepak @ Les’Copaque dikecam ramai

Terdahulu, tular di YouTube berhubung satu video podcast yang dinamakan Lepak @ Les’Copaque yang membincangkan tentang drama di tempat kerja sehingga dikecam oleh orang ramai.

Menerusi video tersebut, seramai tiga ketua yang mewakili jabatan masing-masing telah dijemput untuk membincangkan tentang ‘Drama’ yang berlaku di kalangan pekerja berdasarkan pengalaman mereka bersama dengan seorang moderator.

Antara perkara yang dikupas adalah mengenai sikap pekerja seperti menipu tentang sijil cuti sakit dan apabila disiasat individu berkenaan sebenarnya tidak mempunyai rekod kesihatan bagi sijil cuti yang dikeluarkan itu.

BACA JUGA: “Toksik Rupanya” – Les’ Copaque Teruk Dikecam, Didakwa Kutuk & Buka Aib Pekerja Dalam Podcast [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd