Now Reading
[Video] “Material Meow” – Wanita Sanggup Beli Rantai Kucing LV Buat Si Bulus Kesayangan

[Video] “Material Meow” – Wanita Sanggup Beli Rantai Kucing LV Buat Si Bulus Kesayangan

Menerusi video terbabit, seutas rantai kucing beserta logo L yang ditempah wanita itu merupakan hadiah hari jadi buat si bulus kesayangannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kucing merupakan salah satu daripada haiwan peliharaan yang paling ramai gemari, bahkan sesetengah orang sanggup memelihara lebih daripada seekor kucing di rumahnya.

Bagi yang mampu, pasti akan sanggup berhabis duit demi memberi kemewahan dan keselesaan buat kucing peliharaannya.

Berbelanja dalam jumlah yang besar demi kucing kesayangan

Begitulah yang dilakukan seorang wanita ini apabila dia sanggup berbelanja dalam jumlah yang besar demi membeli hadiah buat kucingnya daripada jenama mewah.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @natasharashdan, wanita itu kelihatan membeli seutas rantai jenama Louis Vuitton (LV) buat kucing kesayangannya.

Hadiah rantai kucing jenama LV sempena hari jadi

“Mari dapatkan hadiah hari jadi untuk kucing saya. L untuk (Little),” tulisnya di dalam kaspyen video

Dalam video yang sama, wanita itu memanggil kucingnya dengan nama “Little” dan tidak lama selepas itu kelihatan kucing tersebut berlari ke arahnya.

Tidak menunggu lama, hadiah mewah tersebut terus dibuka dan seutas rantai kucing yang berada di dalam kotak terus dikeluarkan dan dipakaikan kepada kucing itu.

Harga paling murah RM1,300

Menerusi carian kami di laman Louis Vuitton, rantai leher kucing tersebut dijual pada harga RM1,300 hingga RM1,400.

Namun tidak dapat dipastikan rantai jenis manakah yang telah dihadiahkan kepada si bulus kesayangan.

“Saya boleh buat bunyi meow” – Netizen

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat telatah kucing terbabit malah ada yang berseloroh ingin menjadi seperti haiwan terbabit.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd