Now Reading
[Foto] Rekaan Busana Pengasas Tudung Bernilai RM250,000 Buat Ramai Terpukau!

[Foto] Rekaan Busana Pengasas Tudung Bernilai RM250,000 Buat Ramai Terpukau!

Gaun maroon yang diperagakan oleh pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri itu turut menampilkan sebanyak 83,900 butir kristal Swarovski.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila menghadiri sesebuah majlis formal di dewan atau pun hotel, pasti anda ingin memperagakan pakaian yang kemas serta anggun. Malah, ada juga di kalangan orang ramai yang sanggup menghabiskan kos tinggi bagi mendapatkan busana kegemaran menambat hati.

Inilah yang boleh dilihat daripada seorang usahawan berjaya apabila dia telah menghabiskan ratusan ribu untuk sebuah gaun.


Pengasas Tudung Peragakan Busana Mewah Bernilai RM250,000

Baru-baru ini, seorang usahawan produk tudung Bawal Exclusive telah menjadi bualan hangat orang ramai kerana telah memperagakan busana mewah berwarna maroon ketika sambutan ulang tahun ke-25.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah pengasas, Haliza Maysuri telah mendedahkan harga sebenar ‘dress’ diperagakan olehnya itu. Jelasnya, dia berasa bangga kerana berpeluang untuk menyarungkan gaun bernilai RM250,000 rekaan Rizalman Couture.

Untuk info, rekaan gaun tersebut diinspirasikan daripada karakter drama Turki kesukaannya, Magnificent Century yang mempunyai lebih 83,900 butir kristal Swarovski!

“Harga RM250,000 merangkumi harga kesemua sepersalinan penuh gaun termasuk mahkota dan kasut yang saya pakai.

“Fabrik gaun ini pula diimport dari United Kingdom (UK). Proses itu mengambil masa sangat panjang memandangkan ia dijahit secara teliti dengan teknik handmade,” katanya kepada Gempak.

Sumber: Instagram (@halizamaysuri)

Haliza Maysuri Guna Khidmat Pereka Fesyen Tempatan Untuk Beri Sokongan

Menurut Haliza, dia pada awalnya mahu mendapatkan perkhidmatan pereka fesyen daripada negara Turki untuk tempahan gaun tersebut.

Namun disebabkan kesukaran untuk ‘fitting’ baju di destinasi yang jauh, dia telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan daripada pereka fesyen dipilih iaitu Rizalman.

“Saya beri kepercayaan kepada Rizalman Couture menghasilkan busana ini kerana mereka sangat detail dan itu yang memberikan saya keyakinan. Sebelum ini, untuk acara besar pun saya memang menggunakan khidmat mereka.

“Inilah hasilnya dan memang rasa amat berat dan sukar untuk digambarkan penampilan saya. Apa yang saya nak, Rizalman sudah dapat menjiwainya,” ujarnya.

Tambah usahawan tempatan itu, dia tidak kisah mengeluarkan kos yang tinggi kerana dia mengganggap tindakan tersebut boleh menggalakkan sokongan terhadap pereka fesyen tanah air.

Majlis makan malam sambutan ulang tahun Bawal Exclusive di Hotel Sunway Resort itu turut dihadiri oleh pihak Swarovski yang datang dari Austria.

Jemputan pihak tersebut dikatakan agar mereka berpeluang melihat busana yang menampilkan kristal produk berkenaan serta dapat menyaksikan sokongan rakyat Malaysia terhadap Bawal Exclusive.

Sumber: Instagram (@halizamaysuri)

Usahawan Derma Hasil Jualan Bidaan Tudung Bawal Ke Palestin

Bawal Exclusive dalam masa sama telah membuat bidaan untuk koleksi tudung pertama yang dikeluarkan oleh jenama berkenaan iaitu Bawal Tabur.

Bermula dengan harga serendah RM25, Bawal Tabur itu telah berjaya dibida dengan harga tertinggi RM78,000.

Hasil jualan tersebut kemudiannya disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin (Malaysia Medical Relief Society) bagi membantu saudara seperjuangan yang sedang menghadapi peperangan.

Majlis yang dimeriahkan oleh usahawan-usahawan muda itu tidak terlepas dengan pameran koleksi tudung oleh pereka kreatif Bawal Exclusive berharga anggaran RM10,000 sehingga RM113,000.

Jelas Haliza, jenama hijab miliknya telah berkembang, diiktiraf peringkat antarabangsa dan memikat hati orang ramai dalam dunia fesyen di lebih lima negara.

“Sepanjang 25 tahun lalu, Bawal Exclusive cukup terkenal daripada aspek ketukangan yang luar biasa, perhatian terhadap perincian dan komitmen terhadap kualiti,” tambahnya.


Kisah Founder Bawal Exclusive Mulakan Perniagaan

Pengasas Bawal Exclusive Haliza Maysuri telah memulakan perniagaan hijab tersebut sejak penubuhannya pada tahun 1998 bersama suami tercinta Rosli Awang.

Menurut kisah yang dikongsikan oleh Haliza di media sosial, dia tidak berpeluang untuk belajar diperingkat pendidikan tinggi. Namun sejak dahulu, Haliza berkata dia sering berangan dan mempunyai impian yang tinggi untuk berjaya.

Oleh disebabkan itu, hasrat tersebut telah mendorongnya untuk berusaha dengan gigih sehingga mampu membangunkan sebuah butik mewah dan jenama tudung miliknya sendiri.

Walaupun sering diperlekehkan oleh jiran tetangga sebelum ini, tetapi ia tidak menjadi penghalang kepada wanita tersebut untuk melakarkan namanya dalam dunia perniagaan.

“Founder kampung tidak akan pergi jauh. Sindiran dan pandangan begini sudah biasa bagi saya sejak awal mulakan perniagaan dulu,” jelasnya.

Sumber: Instagram (@halizamaysuri)

Baca Artikel Berkaitan: Beli Kereta BMW Buat Kucing Sebagai Konten? Ini Penjelasan Usahawan Tudung

Baca Artikel Berkaitan: Rekaan Kostum Miss Universe Malaysia Oleh Hatta Dolmat Cukup Memukau

Baca Artikel Berkaitan: Supermodel Naomi Campbell Peraga Pakaian Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd