Now Reading
Supermodel Naomi Campbell Peraga Pakaian Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week

Supermodel Naomi Campbell Peraga Pakaian Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week

Naomi Campbell memperagakan salah satu rekaan Rizman Ruzaini bagi koleksi Spring Summer 2024 (SS24) yang dipersembahkan khas di Dubai Fashion Week (DFW).

rizman ruzaini naomi campbell (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama pereka fesyen tempatan Rizman Ruzaini sememangnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan busana yang cukup elegan, cantik dan ‘classy’.

Selepas menjayakan pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) yang lalu, Rizman Ruzaini kini tampil sekali dengan rekaan mereka di peringkat antarabangsa pula.

Rizman Ruzaini merupakan salah satu pereka fesyen dari Malaysia yang dipilih untuk mempersembahkan busana mereka di Dubai Fashion Week untuk musim Spring/Summer 2024.


Naomi Campbell Tampil Memperagakan Busana Rekaan Rizman Ruzaini

Pertunjukan fesyen tersebut yang diadakan semalam (15 Oktober) tampil lebih istimewa bagi Rizman Ruzaini apabila supermodel terkenal Naomi Campbell menjadi salah seorang yang memperagakan pakaian mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@rizmanruzaini), model yang tinggi lampai itu dilihat memakai gaun berwarna hitam yang dipenuhi kristal ketika penutupan pertunjukan tersebut.

@rizmanruzainiofficial

NAOMI CAMPBELL IN RIZMAN RUZAINI SPRING/SUMMER 2024 AT DUBAI FASHION WEEK 2023 #RizmanRuzaini #RizmanRuzainiSpringSummer2024 #dubaifashionweek2023

♬ GASLIGHT – INJI

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@rizmanruzainicouture), koleksi Spring Summer 2024 (SS24) yang dipersembahkan secara eksklusif di Dubai Fashion Week ini adalah diinspirasikan dari lagenda Nusantara, Naga Seri Gumum yang dikatakan berada di Tasik Chini.

Ujar Rizman Ruzaini, penampilan Naomi Campbell yang sudi menggayakan pakaian rekaan mereka seolah-olah mimpi yang menjadi kenyataan dalam acara penuh berprestij ini.

Ianya impian setiap pereka fesyen untuk mempunyai supermodel ikonik yang memperagakan pakain mereka. Apabila ia menjadi kenyataan buat kami, kami cukup gembira dengan tahap profesionalnya.

Rizman Ruzaini.

Rakyat Malaysia Tumpang Bangga Dengan Kejayaan Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week

Penampilan Rizman Ruzaini dengan penampilan istimewa dari Naomi Campbell membuatkan ramai rakyat Malaysia tumpang bangga dengan kejayaan mereka di pentas antarabangsa.

Malah, ramai juga artis tempatan yang tidak ketinggalan untuk meraikan kejayaan rakan-rakan mereka dalam industri tersebut.

Tahniah Rizman Ruzaini!

Sumber: Instagram

Profil Rizman Ruzaini

Untuk pengetahuan anda, Rizman Ruzaini diasaskan oleh dua orang pereka fesyen iaitu Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil yang sudah hampir dua dekad menceburkan diri dalam bidang fesyen.

Sumber: NONA

Selain mereka pakaian, jenama Rizman Ruzaini juga mempunyai aksesori seperti beg, kasut dan tudung.

Gabungan duo lepasan UiTM Shah Alam ini juga sering menggayakan artis-artis terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Fazura, Izara Aishah dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Fahrenheit88 Lancar Kempen ‘Raya In Style’, SEPHORA & Rizman Ruzaini Pun Ada!

Artikel Berkaitan: Wow! Pereka Rizman Ruzaini Hadiahkan Baju Raya Untuk Frontliners


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd