Now Reading
Fahrenheit88 Lancar Kempen ‘Raya In Style’, SEPHORA & Rizman Ruzaini Pun Ada!

Fahrenheit88 Lancar Kempen ‘Raya In Style’, SEPHORA & Rizman Ruzaini Pun Ada!

Kempen ‘Raya In Style’ di Fahrenheit88 ini bermula dari 11 April sehingga 1 Mei 2023.

Fahrenheit88 Raya In Style

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Fahrenheit88 mempersembahkan kempen ‘Raya In Style’ bermula 11 April sehingga 1 Mei 2023 dengan menampilkan SEPHORA serta Rizman Ruzaini.

Fahrenheit88 dilihat menjadi pusat kreativiti yang menyokong pereka fesyen tempatan dan antarabangsa dengan mempersembahkan produk serta idea mereka.

Pada Hari Raya kali ini, pusat membeli-belah Fahrenheit88 berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Rizman Ruzaini dengan membuka booth pertama di Bukit Bintang.

Fahrenheit88 Rai Aidilfitri Dengan Kempen 'Raya In Style' Bersama SEPHORA & Rizman Ruzaini

Pengunjung boleh membeli pelbagai jenis koleksi baju raya dan produk wangian yang baharu sahaja dilancarkan bagi melengkapi ‘OOTD’ raya pada tahun ini.

Selain itu, Fahrenheit88 juga berkolaborasi bersama jenama kosmetik antarabangsa iaitu SEPHORA di bahagian tengah Fahrenheit88 dengan pelbagai hiasan bunga yang cantik serta slogan ‘Be Kind. Be Beautiful’.

Fahrenheit88 Rai Aidilfitri Dengan Kempen 'Raya In Style' Bersama SEPHORA & Rizman Ruzaini

Boleh dikatakan semua tempat di sekitar pusat beli-belah Fahrenheit88 itu mempunyai banyak spot yang ‘Instagramable’.

Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Raya In Style’, Fahrenheit88 telah membuat majlis pelancaran yang disertai oleh SEPHORA serta Rizman Ruzaini pada 7 April lalu.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ramai selebriti tempatan seperti Sharifah Rose, Amelia Henderson dan Siti Khadijah Halim.

Fahrenheit88 Rai Aidilfitri Dengan Kempen 'Raya In Style' Bersama SEPHORA & Rizman Ruzaini
Kiri: Amelia Henderson, Kanan: Siti Khadijah Halim

Para tetamu juga dipersembahkan dengan nyanyian artis tempatan seperti Hael Husaini dan Marsha Milan.

Fahrenheit88 Rai Aidilfitri Dengan Kempen 'Raya In Style' Bersama SEPHORA & Rizman Ruzaini
Kiri: Marsha Milan, Kanan: Hael Husaini

Pada masa sama, anda juga boleh berjalan sekitar ‘Designer Haus’ yang menampilkan pelbagai pilihan pakaian untuk hari raya seperti:

  • KOME
  • DRI Boutique
  • HM Handicrafts
  • House of Friends
  • Exotic Gifts
  • Corak
Fahrenheit88 Rai Aidilfitri Dengan Kempen 'Raya In Style' Bersama SEPHORA & Rizman Ruzaini

Bukan sahaja boleh membeli-belah, malah anda juga boleh menyertai bengkel cara untuk menggayakan tudung pada 15 April dari 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Selepas anda selesai membeli-belah, jangan lupa untuk dapatkan ganjaran sempena Raya di tingkat bawah (Ground Floor).

Pengunjung boleh mendapatkan Pakej Sampul Duit Raya dengan jumlah perbelanjaan minimum RM120 dalam satu resit. Mereka yang berbelanja RM300 dalam satu resit pula boleh mendapatkan beg Rizman Ruzaini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd