Now Reading
Rekaan Kostum Miss Universe Malaysia Oleh Hatta Dolmat Cukup Memukau

Rekaan Kostum Miss Universe Malaysia Oleh Hatta Dolmat Cukup Memukau

Kostum yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2022 Lesley Cheam itu diinspirasikan dari Gunung Kinabalu di Sabah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pertandingan Miss Universe kembali lagi pada tahun ke-71 dan bakal diadakan di New Orleans, Amerika Syarikat pada 14 Januari 2023.

Malaysia tidak turut ketinggalan menghantar peserta iaitu Lesley Cheam berusia 26 tahun. Wanita ini dilihat menggayakan pakaian berwarna kelabu yang cukup memukau pandangan.

Kostum Gunung Kinabalu Miss Universe Malaysia 2022

Lesley Cheam yang merupakan Miss Universe Malaysia 2022 dilihat memakai kostum rekaan Hatta Dolmat yang diilhamkan dari Gunung Kinabalu di Sabah.

Kostum Gunung Kinabalu itu diwarnakan dengan warna perak dan kelabu sebagai simbol kepingan granit yang berada di sepanjang Gunung Kinabalu.

Selain itu, warna tersebut juga sebagai lambang kekuatan serta keyakinan dan bersesuaian dengan kedudukan Gunung Kinabalu sebagai gunung tertinggi di Malaysia.

Kostum Miss Universe Malaysia 2022 Direka Dari Barang Terpakai

Dengan berat lebih 10 kilogram, pakaian ini direka dengan mementingkan ciri alam sekitar dan perekanya juga pertama kali bekerjasama dengan Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO).

Faktor lain yang menonjolkan kostum ini ialah ia menggabungkan tema mampan yang menggalakan orang ramai menjaga alam sekitar.

Tema tersebut sejajar dengan kempen Cheam yang mengajak orang ramai untuk bersikap baik dengan seluruh masyarakat termasuklah alam sekitar.

Sumber: Instagram/ Miss Malaysia Pageant Official

Untuk pengetahuan anda, fabrik dan perhiasan kostum ini diperbuat daripada barang yang tidak lagi digunakan seperti fabrik, renda, kulit kayu, PET kitar semula (polietilena tereftalat) yang biasa digunakan untuk membuat botol plastik dan bekas makanan.

Bagi rekaan gaun malam berwarna ungu, merah dan emas yang dihasilkan oleh pereka sama pula, pakaian tersebut mendapat inspirasi daripada nebula, iaitu gumpalan habuk dan gas di udara.

Rekaan Baju Dari Barangan Terpakai Sebagai Langkah Tangani Perubahan Iklim

Elaine Daly, Pengarah Kebangsaan MUMO berkata mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia merupakan warga global yang progresif.

Pakaian kebangsaan adalah salah satu acara kemuncak dalam pertandingan Miss Universe. Di MUMO, kami akan melakukan segala-galanya setiap tahun bagi mempromosikan fesyen kitar semula pada platform antarabangsa. Langkah ini dilakukan sebagai salah satu cara menangani ancaman perubahan iklim yang menjadi cabaran terbesar utama peringkat global sekarang. Kami juga menonjolkan Gunung Kinabalu sebagai alam semula jadi kebanggaan Malaysia, sama seperti Lesley kerana dia bakal mewakili Malaysia di arena global pada bulan depan.

Pengarah Kebangsaan MUMO, Elaine Daly.

MUMO merupakan pertandingan ratu cantik dan acara realiti televisyen terulung negara yang dilakukan pada setiap tahun.

Diilhamkan 55 tahun lalu pada 1962 dan diubah suai semula pada tahun 2010, pertandingan tersebut berkonsepkan menyediakan platform kepada wanita muda di Malaysia yang bercita-cita untuk mewakili negara di pentas antarabangsa iaitu Miss Universe.

BACA JUGA: Kuching-born Sarawakian of Orang Ulu & Iban Descent Is Miss Universe Malaysia 2020


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd