Now Reading
Hatta Dolmat & Taylor’s Bekerjasama Dalam Pengeluaran Koleksi Lestari

Hatta Dolmat & Taylor’s Bekerjasama Dalam Pengeluaran Koleksi Lestari

Taylor’s University, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd (LLCM) bersama FASHINFIDELITY dan pereka fesyen Hatta Dolmat bekerjasama dalam satu inisiatif memperagakan pengeluaran pakaian lestari sebagai usaha menyokong fesyen beretika di Malaysia.

hatta dolmat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Fesyen lestari ataupun dikenali sebagai ekofesyen merupakan satu gerakan sosial yang mendorong kepada perubahan sistem fesyen ke arah lebih bertanggungjawab.

Terutamanya kepada alam sekitar.

Ia bukan sahaja fesyen ‘kitar semula’ dan bersifat sementara, fesyen lestari mencakupi pelbagai aspek berkaitan sosial, budaya, ekologi, dan juga pasaran yang saling bergantungan. Bukanlah semata-mata alam sekitar, secara am.

Untuk rekod, konsep fesyen lestari ini bukan satu konsep asing di industri fesyen luar negara. Cumanya, konsep ini mungkin masih belum berkembang dengan pesat di industri fesyen tanah air.


Pelajar Teknologi Reka Fesyen Taylor’s Peraga Pakaian Lestari di ‘The Show’

Pada 15 Julai lalu, Taylor’s University, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd (LLCM) bersama FASHINFIDELITY dan pereka fesyen Hatta Dolmat, bekerjasama dalam satu inisiatif memperagakan pengeluaran pakaian lestari sebagai usaha menyokong fesyen beretika di Malaysia.

Bertemakan ‘Love, Earth’ (‘Cinta, Bumi’) acara pameran fesyen sehari bertajuk ‘The Show’ dikelolakan oleh The Design School di Taylor’s University memperlihatkan koleksi sedia untuk dipakai kontemporari memperagakan hampir 60 rekaan dihasilkan oleh 24 orang pelajar program Teknologi Reka Fesyen merangkumi tiga semester.

Memberi tumpuan kepada kelestarian, acara itu dibahagikan kepada tiga segmen mempamerkan secara rasminya koleksi Experimental Art-to-Wear (ATW) (Seni Untuk Dipakai Eksperimental) daripada bahan denim dan potongan kain kitar semula.

Koleksi Zero Waste Fashion (Fesyen Sifar Buangan) menggunakan Teknik Melukis Corak Inovatif Taylor’s menggunakan setiap bahagian tekstil dan koleksi Fashion Revolution (Revolusi Fesyen) bagi menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDG) dengan mengguna semula tekstil daripada bahan buangan.

Budaya fesyen pantas adalah perniagaan yang menguntungkan, dan kami sedia maklum kepentingan mendidik pelajar kami tentang fesyen lestari dan pengetahuan berteknologi. Industri fesyen kreatif dan pereka fesyen mempunyai kuasa untuk mengubah trend semasa bagi memastikan masa depan yang lebih baik dengan menjaga alam sekitar.

Pengarah Program Sarjana Muda Teknologi Reka Fesyen Taylor’s (Kepujian) (FDT), Maria Sandra Wijaya.

150kg Fabrik & Denim Kitar Semula.

Bagi ketiga-tiga segmen The Show, LLCM menyediakan lebih 150kg fabrik dan denim kitar semula untuk digunakan oleh pelajar.

Kami gembira dapat bekerjasama dengan pereka fesyen generasi baru dari Taylor’s dalam menggalakkan guna semula dan kitar semula fabrik, dalam usaha untuk mengurangkan jumlah pakaian dibuang ke tapak pembuangan. Kami mengumpul ratusan tan tekstil dalam seminggu sama ada boleh dijual sebagai pakaian terpakai, digunakan sebagai kain buruk, atau dihancurkan untuk dijadikan gentian atau biobahan api. Melihatkan bahan ini dijadikan pakaian pereka adalah suatu kaedah segar untuk memberikan tekstil ini kehidupan yang baru.

Dale Warren, Ketua Pegawai Eksekutif Utama LLCM.

Hatta Dolmat & Najah Onn Sebagai ‘Mentor’.

Sebagai persediaan kepada The Show, pelajar diberi peluang bekerjasama dengan pemain industri seperti jurutera alam sekitar Najah Onn dan pereka lestari tempatan Hatta Dolmat, selama 14 minggu.

Mentor industri ini menjadi penasihat kepada pelajar dalam menyediakan konsep, membangunkan, mewujudkan dan menggayakan bentuk koleksi pakaian The Show.

Dipamerkan di Mayamode, sebuah studio fesyen kerja bersama pertama di Malaysia, pertunjukan fesyen ini dianjurkan oleh pelajar FDT yang turut bekerjasama dengan Andrew Tan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KLFW dan Pengarah Bersama program itu.

Kami berbangga dengan pameran pentas fesyen hasil kerja pertama pelajar-pelajar ini yang menunjukkan keupayaan mereka untuk menjadi kreatif dan lestari bagi produk mereka. Mereka semestinya mendapat faedah daripada kemudahan terbaik di Mayamode – daripada mesin membuat pakaian terkini, mesin menjahit gred industri bagi semua jenis bahan, pemplot corak, kemudahan melukis, dan pendigital corak yang mengurangkan sisa buangan menggunakan teknologi Lectra – membolehkan mereka mengira penggunaan fabrik dan menggunakan teknologi untuk mengurangkan sisa buangan

Andrew Tan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KLFW dan Pengarah Bersama.

Show & Tell.

Sebelum pameran fesyen itu, Segmen Tunjuk dan Cerita kepada media telah diadakan bagi menunjukkan bagaimana meter lestari digunakan untuk mengira kelestarian semua jenis pakaian yang direka pada pameran fesyen itu melalui tiga kriteria lestari – bahan & komposisi, inovasi & pusingan, dan warisan & budaya.

Najah Onn, Jurutera Alam Sekitar dan Pakar Kelestarian.

Pereka mempunyai peranan yang besar dalam mengubah semula kesan kemusnahan oleh rantaian bekalan fesyen linear hari ini ke atas manusia dan planet. Kelangsungan, sebagai pengakhiran selepas penggunaan optimum, perlu diutamakan dalam mana-mana rekaan. Berfikir tentang bagaimana fesyen atau produk tekstil boleh berubah kepada produk lain juga menjadikan pakaian berada dalam pusingan lebih lama. Menggunakan bahan inovatif juga boleh mengurangkan tekanan ke atas sumber Bumi kita, serta membantu biodegradasi dan penjelmaan semula pada akhir hayat.

Najah Onn, Jurutera Alam Sekitar dan Pakar Kelestarian.

Selain itu, Hatta Dolmat turut menambah bahawa beliau gembira menjadi mentor dan bekerja dengan pelajar FDT Taylor’s.

Hatta Dolmat.

Mereka adalah golongan muda yang berinspirasi dan terbuka untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang fesyen lestari dan beretika, dan memberi tumpuan untuk menangani isu alam sekitar dan sosial dengan menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) melalui pakaian yang direka. Saya gembira untuk bekerjasama dengan Taylor’s University kerana ia memberi peluang bermakna kepada saya untuk berkongsi pengalaman industri dengan pelajar reka fesyen yang baru meningkat naik ini, lebih-lebih lagi kerana mereka yang akan menerajui industri ini ke arah lebih baik.

Hatta Dolmat.

Dengan kreativiti serta kerjasama selaras dengan ekosistem Taylor’sphere, Taylor’s University menggalakkan kerjasama ini bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan akademik, kebijaksanaan praktikal, serta keupayaan menghasilkan rekaan dan menginovasi.

Bagi The Show, pelajar Seni Bina Dalaman bekerjasama dengan pelajar FDT menyiapkan Taylor’s Micro House dengan menggunakan bahan kitar semula seperti kemeja-T dan poly-al kitar semula disediakan oleh LLCM untuk mewujudkan hasil seni dan anyaman tekstur.

Untuk itu, Taylor’s University terus menggalakkan pedagogi untuk memenuhi keperluan pasaran semasa dan membantu pembangunan sosial dan ekonomi negara. Program Teknologi Reka Fesyen kami adalah satu contoh bagaimana kami menggabungkan pembelajaran menggunakan teknologi dan pendekatan berasaskan impak dalam program sarjana muda kami. Dengan mengambil langkah untuk menyiapkan graduan kami bagi menghadapi landskap pekerjaan masa hadapan yang mencabar, matlamat utama The Show adalah untuk menerapkan kepada pelajar kami dengan kemahiran yang betul dan pengalaman untuk membangunkan kecerdasan dan kreativiti bagi menangani masalah kompleks.

Profesor Dr Pradeep Nair, Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Taylor’s University.

Anda boleh membeli label fesyen pertama Taylor’s, MAYAMODE yang mengemukakan fesyen rekaan pelajar, melalui platform jualan dalam talian dan juga mempunyai ruang jualan pertama di Mayamode, Taylor’s University Lakeside Campus.

Mayamode adalah ruang inovatif dan kreatif beroperasi secara keahlian bagi pereka fesyen, usahawan fesyen, pekerja bebas, dan pereka fesyen baru di Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Teknologi Reka Fesyen Taylor’s University, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd