Now Reading
MRSM Tertinggi Di Malaysia Siap Dibina, Boleh Belajar Sambil Tengok View Gunung Kinabalu

MRSM Tertinggi Di Malaysia Siap Dibina, Boleh Belajar Sambil Tengok View Gunung Kinabalu

MRSM Ranau ini merupakan projek kerjasama antara Kerajaan Negeri, Petronas dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan keluasan tapak tanah sebesar 30 ekar.

mrsm ranau

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan salah satu sekolah berasrama penuh yang menjadi impian setiap pelajar untuk menuntut ilmu.

Untuk pengetahuan anda, hanya pelajar-pelajar yang bijak dan mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak sahaja berpeluang untuk mendapat tempat di sekolah berasrama ini.

Boleh dikatakan setiap di negeri di Malaysia mempunyai sekolah berasrama penuh MRSM ini termasuklah di Sabah dan Sarawak.


MRSM Terbaharu Di Ranau, Sabah Dibina Lebih Istimewa Berbanding MRSM Lain Di Malaysia

MRSM yang menjadi gedung ilmu kepada para pelajar telah membuka pengambilan kumpulan pertama pada tahun 2024 bagi cawangan MRSM Ranau yang baru siap dibina di Sabah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman X (Twitter @MySamudera), MRSM Ranau ini merupakan projek kerjasama antara Kerajaan Negeri, Petronas dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan keluasan tapak tanah sebesar 30 ekar serta bersebelahan dengan Kompleks Sukan Ranau.

X (Twitter @MySamudera
X (Twitter @MySamudera

Pelajar-pelajar pengambilan pertama di MRSM Ranau ini bukan sahaja dapat menikmati peralatan dan kelengkapan baharu, malah pemandangan sekitar sekolah mereka juga amat mengagumkan.

Bukan biasa-biasa ya, siap boleh menikmati keindahan pemandangan Gunung Kinabalu. Memang confirm suasana di MRSM Ranau ini sejuk dan mendamaikan.

Difahamkan, suhu terendah di MRSM Ranau juga boleh mencecah 22 darjah Celsius.

X (Twitter @MySamudera

Pembinaan MRSM Ranau Raih Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Pembukaan MRSM Ranau ini membuatkan orang ramai menganggap gedung ilmu itu mempunyai suhu sejuk sehingga tidak perlu membuka kipas dan juga penghawa dingin.

Siap ada yang kata boleh ‘healing’ sambil belajar.

Di sebalik keterujaan netizen yang kagum dengan pemandangan serta suhu mendamaikan di MRSM Ranau, ada juga di antara mereka yang bimbang jika sekolah berasrama ini dipenuhi dengan anak-anak golongan T20.

Dalam pada itu, segelintir netizen meluahkan kerisauan sekiranya MRSM berkenaan berdepan masalah air seperti mana yang dikatakan sering berlaku kepada MRSM yang lain.

Sumber: X (Twitter)

Lebih 104,00 Orang Pelajar Bersaing Untuk Raih 8,679 Tempat Di MRSM Pada Tahun 2024

Memetik sumber Berita Harian, pihak MRSM telah menerima lebih 104,000 permohonan bagi kemasukan pelajar ke sekolah berasrama itu untuk sesi tahun 2024.

Sebanyak 8,679 tempat yang ditawarkan kepada pelajar baharu di 57 buah MRSM seluruh negara.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah pengambilan pelajar ini termasuklah bagi mengisi kekosongan di MRSM yang baru dibina iaitu MRSM Ranau, Sabah dan MRSM Bintulu, Sarawak.

Jelas beliau, semua calon yang memohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) akan bermula pada 1 November ini.

Artikel Berkaitan: Tular Pelajar MRSM Agih Al-Quran & Minta Doa Agar Berjaya Dari Penumpang KTM [Video]

Artikel Berkaitan: MRSM Students Win 2 Gold Medals At International Robotics Competition


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd