Now Reading
Pereka Fesyen Mowalola Tampil Mohon Maaf Lepas Dikecam Hebat Guna Bendera Arab Saudi Tertera Kalimah Syadah Di Skirt Mini

Pereka Fesyen Mowalola Tampil Mohon Maaf Lepas Dikecam Hebat Guna Bendera Arab Saudi Tertera Kalimah Syadah Di Skirt Mini

Sebelum ini, rekaan skirt mini itu telah mendapat kecaman orang ramai kerana di dalam bendera Arab Saudi itu tertera kalimah syahadah di atasnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gara-gara meletakkan bendera Arab Saudi pada rekaan skirt mini ketika berlangsung SS24 Runway Show di London Fashion Week, pereka fesyen iaitu Mowalola Ogunlesi teruk dikecam oleh orang ramai.

Hal itu kerana, orang ramai merasakan tindakan tersebut tidak menghormati agama islam kerana terdapat ayat suci pada bendera negara timur tengah itu.

Sedar dengan kontroversi yang timbul, pereka fesyen berkenaan telah tampil memohon maaf selain turut memaklumkan akan menarik rekaan skirt mini yang dipakai oleh model terbabit daripada koleksinya.

Tertera kalimah syahadah pada skirt mini

Skirt pendek tersebut tertera kalimah syahadah yang membawa maksud ‘Tiada tuhan selain Allah SWT, dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah’ di atasnya di dalam bahasa Arab.

Selain daripada skirt yang mempunyai bendera Arab Saudi, model-model lain turut memperagakan skirt yang mempamerkan beberapa negara lain. Walau bagaimanapun ramai yang menyifatkan bendera Arab Saudi tidak sepatutnya digunakan memandangkan ia mempunyai ayat suci.

“Ini sangat tidak menghormati. Mengetahui bahawa bendera Arab Saudi mempunyai nama Allah di atasnya dan mereka menggunakannya sebagai skirt mini yang provokasi selain menunjukkan betapa tidak malunya industri fesyen mengenai isu agama,” kata seorang pengguna di media sosial, lapor Middle East Eye.

“Saya harap pereka menyedarinya”

“Yang terbaik boleh dilakukan adalah keluarkan daripada koleksi dan mohon maaf kerana ia tidak baik”

Ramai persoal niat skirt itu direka dan minta dikeluarkan dari koleksi

Malah rata-rata turut mempersoal mengenai niat skirt itu direka selain meminta jenama terbabit mengeluarkannya dari koleksi.

Namun pereka fesyen itu cuba untuk mempertahankan pilihannya tetapi masih menerima kecaman yang berterusan.

Sedar kesalahan, pereka fesyen tampil mohon maaf

Mowalola atau nama penuhnya Mowalola Ogunlesi membuat permohonan maaf itu menerusi satu ciapan di Twitter.

“Salah satu kunci inspirasi untuk SS24 adalah menggunakan bendera daripada pelbagai negara. Selepas pertunjukan, saya tersedar terdapat salah satu bendera – Arab Saudi – memaparkan ayat suci dan penggunaannya telah menjadi satu kesalahan besar. Oleh itu, saya telah dididik mengenai perkara ini dan sejujurnya memohon maaf untuk perkara ini.

“Saya akan pastikan ia dikeluarkan daripada koleksi. Saya sangat kesal kerana mungkin atas perkara ini ada yang tersakiti. Terima kasih kerana meminta saya bertanggungjawab, dan saya menghargai bagi yang memahaminya kerana saya belajar dari pengalaman ini,” ciap Mowalola.

Pereka fesyen terkenal adalah anak kelahiran Nigeria yang berpangkalan di London.

Dia yang juga penyanyi terkenal menggunakan pelbagai tekstur dan bahan dalam menghasilkan rekaannya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd