Now Reading
“Anak Jadi Mangsa” – Ustaz Kongsi Kisah Ibu Hamil 2 Bulan Disihir Guna Tali Kasut

“Anak Jadi Mangsa” – Ustaz Kongsi Kisah Ibu Hamil 2 Bulan Disihir Guna Tali Kasut

Seorang wanita hamil dengan kandungan dua bulan di Pulau Pinang telah merasakan tali kasut keluar daripada kemaluannya selepas selesai ruqyah dibaca.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Meskipun zaman sudah berubah, namun masih ada manusia yang berhasad dengki atau mengkhianat orang lain dengan menggunakan sihir.

Walaupun perbuatan berkenaan adalah khurafat dan diharamkan dalam agama Islam, namun kes seperti ini masih kedengaran berlaku dalam kalangan masyarakat termasuk di Malaysia.

Secara amnya, gangguan ilmu hitam tersebut boleh dihantar kepada manusia melalui pelbagai cara dan orang yang biasa menjadi sasaran adalah individu berharta, ahli perniagaan yang berjaya, pasangan kekasih yang berbahagia dan sebagainya.


Tali Kasut Keluar Daripada Kemaluan Ibu Hamil Akibat Kena Sihir

Menerusi hantaran video di laman TikTok (@mrzahidzulkafli), seorang ustaz bernama Ariffin Ayob telah berkongsi sebuah kisah tentang gangguan sihir di Pulau Pinang dialami oleh seorang ibu hamil dengan kandungan yang baru sahaja mencecah dua bulan.

Menurutnya, sepasang suami isteri telah datang berjumpa dengannya untuk tujuan berubat selepas selasai bacaan ruqyah dilafazkan.

Si isteri berkata kepadanya bahawa dia merasakan sesuatu keluar daripada bahagian kemaluannya.

Ustaz itu kemudian mengarahkan pasangan tersebut untuk melakukan pemeriksaan di tandas demi menjaga aurat dan aib si isteri daripada empat orang perawat Islam lain yang berada di tempat tersebut.

Selepas seketika berada di tandas, alangkah terkejutnya para ustaz apabila melihat si suami membawa tali kasut yang dilapik bersama helaian tisu.

“Tali kasut warna hitam keluar daripada bahagian kemaluan.

“Nak khabar semakin banyak gangguan sihir pada akhir zaman ini. Astaghfirullahalazim,” ujar pengamal perubatan Islam tersebut.


Perut Ibu Hamil Yang Besar Susut Lepas Tali Kasut Keluar Dari Kemaluan

Tambah Ustaz Ariffin, dia terkejut apabila melihat wanita yang telah mengandung selama lapan minggu itu mempunyai saiz perut yang besar daripada yang sepatutnya.

“Kalau mengandung dua bulan patutnya tak nampak perut lagi,” jelasnya.

Ustaz itu berkata perut wanita itu dilihat menonjol kerana kandungan anaknya telah dijerut oleh tali kasut yang keluar tersebut.

Namun dengan kebesaran Allah SWT, perutnya telah kembali mengecut selepas tali itu berjaya dikeluarkan.

“Bila sebut dengki dan hasad khianat, sanggup buat sihir sampai anak yang tak bersalah dalam kandungan jadi mangsa,” katanya lagi.

Dengan nada marah, Ustaz berkenaan menyeru orang ramai yang mengamalkan perbuatan sihir untuk segera bertaubat kepada Allah SWT.

“Siapa yang terlibat dengan sihir ni, bertaubatlah sebelum mati. Jangan main-main bab sihir ni,” tambahnya.

Sumber: TikTok (@mrzahidzulkafli)

Reaksi Netizen Lepas Dengar Kisah Sihir Daripada Ustaz

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet telah berkongsi pengalaman apabila mereka dan keluarga terdekat pernah mengalami perkara yang sama.

“Adik saya pernah kena sihir keluar serpihan kaca, jarum peniti dan pisau,” kata pengguna TikTok.

Mereka yang telah mengalami gangguan sihir berkata orang yang pernah menghadapinya sahaja faham tentang keperitan dan kesengsaraan ditempuhi.

Sumber: TikTok (@mrzahidzulkafli)

Baca Artikel Berkaitan: TIL: Jarum Susuk ‘Ilmu Hitam’ Ternyata Muncul Pada Imbasan X-Ray

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Keluar Muntah Darah, Disyaki Ada Individu Tidak Dikenali Berdendam

Baca Artikel Berkaitan: Bomoh Rogol Pelajar 16 Tahun Sebanyak 4 Kali Dengan Alasan Nak Buang ‘Pendamping’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd