Now Reading
TIL: Jarum Susuk ‘Ilmu Hitam’ Ternyata Muncul Pada Imbasan X-Ray

TIL: Jarum Susuk ‘Ilmu Hitam’ Ternyata Muncul Pada Imbasan X-Ray

Jarum susuk ini dikatakan diperbuat daripada logam berharga, contohnya seperti emas.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Baru-baru ini, salah seorang team kami baru mempelajari bahawa jarum ‘ilmu hitam’ yang digunakan oleh dukun dalam masyarakat Melayu dan Indonesia ini boleh dilihat dengan mata kasar. Ia dikatakan diperbuat daripada logam berharga, contohnya seperti emas.

Jarum susuk dilihat pada imbasan X-Ray pesakit di bahagian muka.

‘Benda’ ini hanya dapat ditangani oleh dukun yang berpengalaman, sama ada untuk ‘memasukkan’ atau ‘membuang’. Selain itu, pesakit juga tidak dibenarkan untuk bercakap tentang daya tarikan yang ada di badan mereka. Jika tidak, sihir tersebut akan hilang.

Jarum ini sering diletak di kawasan wajah untuk menjaga kesihatan atau kecantikan. Namun, di bahagian badan juga dikatakan untuk menjaga kesihatan dan melegakan rasa sakit. Pesakit juga tidak akan dapat merasa atau melihatnya, hanya tahu bahawa ia berfungsi.

Adakah jarum ini betul-betul wujud?

Jika anda memberitahu kami bahawa seseorang telah memasukkan jarum yang tidak dapat dilihat ke dalam badan anda, bunyinya seperti penipuan/scam ala The New Emporer’s New Clothes.

Namun, ia sebenarnya wujud – kerana boleh dilihat melalui imbasan X-Ray!

Jarum susuk dilihat di pergelangan tangan pesakit.
(Kredit: RSNA Radiology)

Untuk pengetahuan anda, topik susuk ini telah muncul dalam jurnal perubatan beberapa kali kerana ia telah menjadi satu masalah bagi doktor. Ini kerana mereka tidak dapat mengeluarkan jarum tersebut (kerana tidak dapat dilihat dan ia bergerak di tisu lembut).

Proses perubatan selanjutnya di kawasan tersebut akan menyebabkan risiko.

Susuk ini dikenali dalam radiologi pergigian

Tempat paling biasa untuk mencari jarum susuk adalah di kawasan muka dan rahang. Itulah sebabnya ia terkenal dalam radiologi pergigian.

Walaupun telah ditanya, pesakit mungkin tidak akan mendedahkan jarum susuk yang dimiliki. Bukan sahaja sebab tak nak hilang daya tarikan, malah ada juga pesakit yang tidak tahu akan kewujudan jarum tersebut di dalam tubuh mereka.

Kemasukkan jarum ini selalunya boleh dilakukan kepada kanak-kanak, jadi mereka boleh membesar dan mengetahui kewujudnya selepas melakukan imbasan X-Ray.

Tiga jarum susuk berbentuk pin dilihat pada rahang bawah dan 1 di antara mahkota 28 dan 48.
(Kredit: Jurnal Kesihatan Mulut Antarabangsa)

Adakah ia berbahaya?

Jurnal perubatan membuat kesimpulan bahawa jarum susuk kecil ini diperbuat daripada logam (emas) yang tidak serasi dengan bio. Malah, ia jarang akan menyebabkan kemudaratan atau komplikasi.

Namun, kita masih memerlukan seseorang yang berpengalaman untuk mengenali jarum susuk ini dari awal. Ini kerana ia boleh menyebabkan salah didiagnosis pada badan akibat trauma, jarum akupuntur yang patah atau tambalan akar (root fillings).

Walau bagaimanapun, benda asing selalu akan menimbulkan risiko yang berpotensi, sama ada kerosakan pada organ penting atau penembusan struktur neurovaskular.

Walaupun terdapat bukti fizikal bahawa jarum susuk wujud dan ada di dalam badan pesakit (sama ada mereka benar-benar ada daya tarikan atau ia memberi faedah kepada si pemakai).


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

11 + thirteen =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd