Now Reading
“Sebaik-baik Pengakhiran” – Jenazah Warga Palestin Berbau Harum Lepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bangunan Undang Perhatian Ramai

“Sebaik-baik Pengakhiran” – Jenazah Warga Palestin Berbau Harum Lepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bangunan Undang Perhatian Ramai

Jenazah warga Palestin yang berada di bawah runtuhan bangunan selama tiga hari dijumpai dalam keadaan berbau harum dan darah masih mengalir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tatkala kita dalam keadaan selamat di negara tercinta, ramai saudara seagama di Palestin sedang bertarung nyawa dalam peperangan dengan pihak musuh.

Kezaliman oleh tentera Zionis Israel dilihat tidak berkesudahan walaupun pergolakan tersebut telah bermula sejak awal bulan lalu.

Disebabkan kekejaman itu, ramai rakyat Palestin telah terkorban termasuklah bayi, kanak-kanak, wanita, ‘frontliners’ dan ramai lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Syurga Buat Mu Saudara” – Frontliner Di Gaza Nangis Lihat Rakan Setugas Syahid


Jenazah Rakyat Palestin Bau Harum Lepas 3 Hari Di Bawah Runtuhan

Baru-baru ini, tular satu klip video dikongsikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia (CGM) di Instagram miliknya (@cintagazamalaysia), menyaksikan sekumpulan rakyat di Gaza telah menemui jenazah salah seorang syuhada yang terkoban.

Difahamkan, jenazah dikenali sebagai Abdullah Rabi’e Sahwil dijumpai selepas tiga hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah.

Namun apa yang membuatkan orang ramai terkejut adalah apabila jenazah syahid tersebut berbau sangat harum selain darahnya yang masih mengalir.

“Darahnya masih keluar lepas tiga hari berlalu,” ujar seorang lelaki yang sedang melihat keadaan jenazah.

Wajah Allahyarham yang kelihatan tenang itu diandaikan telah syahid kerana dibunuh akibat keganasan tentera musuh.

Sumber: Instagram (@cintagazamalaysia)

Reaksi Orang Ramai Lihat Keadaan Jenazah

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, orang ramai telah meluahkan rasa sebak apabila melihat jenazah yang telah pergi dalam keadaan syahid itu.

Ada juga pengguna yang tidak sangka raut wajah jenazah yang ditemui selepas tiga hari itu kelihatan seperti sedang tidur.

“Tiga hari tapi jenazah macam sedang tidur je bukan meninggal,” ujar seorang pengguna bernama Eiyra.

Orang ramai dalam masa sama berasa kagum dengan kebesaran Allah SWT yang telah membuatkan jenazah itu berbau wangi walaupun sudah berhari-hari berlalu.

“Betapa untungnya mereka yang gugur syahid. Di dunia dah berbau harum apatah lagi di syurga Allah SWT,” kata seorang individu.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya pernah menguruskan mayat sebelum ini berkata jenazah yang dikendalikan itu telah mula berbau busuk walaupun belum cecah masa sehari.

Namun dia berasa kagum apabila keadaan sebaliknya yang telah terjadi kepada jenazah Abdullah Rabi’e.

“Pengalaman saya dapat mayat tak sampai sehari tapi dah kembung, bau busuk dan darah pun tak mengalir,” katanya.

Terkesan dengan nasib yang menimpa para pejuang di Gaza, orang ramai juga telah menitipkan doa buat mereka agar diberikan kemenangan dalam peperangan tersebut.

Sumber: Instagram (@cintagazamalaysia)

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: “Syahid Balik Menuntut Ilmu” – Pelajar Palestin Nak Pulang Ke Malaysia Ditembak Israel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd