Now Reading
“Saluran Dia Salah” – Fan Club Meerqeen Dikecam Lepas Kutip Dana Palestin Guna Akaun Peribadi

“Saluran Dia Salah” – Fan Club Meerqeen Dikecam Lepas Kutip Dana Palestin Guna Akaun Peribadi

‘Fan club’ Meerqeen bagaimanapun menjelaskan bahawa kutipan derma menggunakan akaun peribadi itu akan disalurkan kepada badan NGO Cinta Gaza Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rata-rata individu bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia sedang bersedih melihat nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Rejim Zionis.

Selain ribuan nyawa sudah terkorban, bangunan juga dilihat musnah manakala bekalan keperluan seperti makanan dan minuman tidak mencukupi.

Susulan itu, ramai selebriti dan influencer di Malaysia telah menyalurkan bantuan kepada Palestin bagi membantu rakyat di Gaza.

Baca Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin


Fan Club Meerqeen Guna Akaun Bank Peribadi Untuk Kutip Dana Palestin

Baru-baru ini tular satu kes di mana ‘fan club’ pelakon terkenal tanah air iaitu Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih mesra dikenali sebagai Meerqeen telah melancarkan satu kutipan sumbangan untuk rakyat Palestin yang terkesan dalam peperangan ketika ini.

Hantaran itu telah dimuat naik semula di laman X (Twitter @adliehassan).

Meskipun niat asal Meerqeen Troopers (MQT) adalah baik, namun perkara ini menjadi isu apabila nombor akaun bank yang diletakkan pada hantaran tersebut merupakan milik peribadi.

Dalam hantaran oleh MQT itu, difahamkan segala sumbangan yang dikumpul bakal disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Walaupun tindakan itu bersifat murni, namun perkara ini menimbulkan rasa curiga netizen dan tertanya-tanya mengapa sumbangan tersebut tidak disalurkan secara langsung kepada CGM.

Terdahulu, Meerqeen juga dilihat telah berkongsi semula hantaran oleh para peminat di laman Instagram Story miliknya (@meerqeen).

Sumber: Instagram (@meerqeen)/ USIM

Netizen Berang Dengan Sikap Fan Club Yang Tak Bertanggungjawab

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata warganet dilihat tidak bersetuju dengan kaedah kutipan sumbangan yang dijalankan oleh MQT.

“Kenapa salurkan dana Palestin ke akaun peribadi admin pula? Make it make sense!” kata Adlie di ruangan kapsyen.

Seorang lelaki juga telah berkongsi pendapatnya dengan mengatakan selebriti ternama seperti Siti Nurhaliza juga tidak menggunakan akaun peribadi untuk mengutip derma.

Ada juga yang beranggapan bahawa admin berkemungkinan mempunyai niat buruk iaitu menipu.

“Tak kisahlah niat baik pun tapi saluran dia salah. Nak derma atas nama kau, jangan guna duit public!” kata seorang lagi pengguna.

Seorang individu turut menjelaskan bahawa kesalahan mengutip dana menggunakan akaun peribadi boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) agar tindakan susulan diambil.

Sumber: X (Twitter @adliehassan)

Fan Club MQT Tampil Mohon Maaf

Semalam (18 Oktober) kira-kira jam 10 malam, admin MQT telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai mengenai isu yang tular itu.

“Kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas kecuaian dalam menggunakan akaun bank peribadi sebagai saluran untuk mengumpul kutipan dana,” jelasnya.

Tambahnya, pihak ‘fan club’ MQT telah menyedari bahawa ianya adalah satu kesalahan selain mengakui silap yang telah dilakukan.

“Kami tiada niat buruk, hanya ikhlas membantu saudara kita yang terjejas di Gaza,” ujarnya lagi.

‘Fan club’ MQT dalam masa sama berkata mereka akan terus menyebarkan kesedaran tentang situasi yang berlaku di Gaza kepada orang ramai.

Sumber: X (@Meerqeentroopss)

Guna Akaun Peribadi Untuk Kutipan Derma Boleh Dilaporkan Kepada SPRM

Untuk makluman semua, sebarang kes yang melibatkan rasuah atau sehubungan dengannya boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Usah khuatir, pemberi maklumat bakal dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Langkah-langkah membuat aduan kepada SPRM adalah seperti berikut:

  1. Membuat aduan di laman web https://portaladuan.sprm.gov.my/.
  2. Menyenaraikan maklumat seperti bila, di mana, siapa, mengapa dan apakah kesalahan yang telah dilakukan.
  3. Sertakan nama dan maklumat perhubungan anda.
  4. Proses saringan aduan akan dijalankan bagi mengenal pasti kesalahan tersebut.
  5. Aduan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh SPRM bakal dibentangkan kepada Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) agar tindakan lanjut boleh diambil.

Baca Artikel Berkaitan: Serangan Di Gaza: Netizen Pertikai Gambar Lama Meerqeen Bersama Pro-Israel, Gal Gadot

Baca Artikel Berkaitan: Duta Malaysia Di Amerika Syarikat Bertegas Tidak Simpati Pada Israel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd