Now Reading
“Oyen Okey Ke?”- Zoo Negara Banjir Akibat Hujan Lebat, Netizen Risau Keadaan ‘Oyen’

“Oyen Okey Ke?”- Zoo Negara Banjir Akibat Hujan Lebat, Netizen Risau Keadaan ‘Oyen’

Zoo Negara dilaporkan mengalami banjir kilat sekitar jam 5:00 petang selepas hujan lebat yang melanda semalam (18 Oktober).

oyen zoo negara banjir

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (18 Oktober), kawasan sekitar Kuala Lumpur termasuklah di Hulu Kelang dilaporkan mengalami hujan lebat sehingga mengakibatkan sesetengah lokasi berdepan dengan banjir kilat.

Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) menghala ke arah Ampang dari kawasan Zoo Negara juga mengalami kesesakan lalu lintas selepas jalan raya mulai sesak akibat banjir kilat yang berlaku.

Kenaikan air semasa banjir kilat turut memasuki premis Zoo Negara sekitar jam 5:00 petang dan beberapa video ketika kejadian turut dimuat naik oleh netizen di media sosial.


Hanya Seekor Capybara Sahaja Terlepas Semasa Kejadian Banjir Kilat Di Zoo Negara

Memetik sumber Buletin TV3, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana memaklumkan banjir kilat yang berlaku masih dalam keadaan terkawal apabila kakitangan masih belum pulang ketika kejadian berlaku.

Tambahnya lagi, banjir yang terjadi semalam (18 Oktober) tidak seteruk yang pernah berlaku sebelum ini.

Semua haiwan juga dilaporkan selamat dan hanya seekor capybara sahaja yang terlepas sebelum berjaya dibawa masuk semula ke dalam kawasannya.

Semua haiwan kita juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Selain itu, dua panda juga selamat kerana berada di tempat yang tinggi.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana.
Sumber: TikTok @znmzoonegara

Selepas banjir mulai surut, kerja-kerja pembersihan dilakukan pada hari yang sama sehingga jam 11:30 malam dengan bantuan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Meskipun berdepan banjir kilat semalam, Zoo Negara tetap beroperasi seperti biasa pada hari ini (19 Oktober).


Ramai Netizen Risau Tentang Kucing Oyen Ketika Banjir Kilat Di Zoo Negara

Meskipun pihak Zoo Negara sudah memaklumkan hanya seekor capybara sahaja yang terlepas ketika banjir kilat berlaku, namun ramai netizen turut prihatin dengan nasib kucing bernama Oyen yang tinggal bersama haiwan capybara.

Rata-rata netizen bertanya sama ada kucing Oyen tersebut berada dalam keadaan selamat atau tidak.

Sehingga kini, kami juga tidak menerima sebarang maklumat tentang keadan Oyen. Tapi harapnya kucing itu baik-baik sahaja.

Oyen kan, apa je dia tak boleh buat?

Sumber: X (Twitter)

Artikel Berkaitan: Siap Dapat Signage Baharu! Oyen Kini Digelar ‘Bintang Zoo Negara’, Berjaya Tarik Ramai Pengunjung

Artikel Berkaitan: Zoo Negara Tambah Papan Nama Kucing ‘Oyen’ Sebelah Haiwan Capybara


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd