Now Reading
Siap Dapat Signage Baharu! Oyen Kini Digelar ‘Bintang Zoo Negara’, Berjaya Tarik Ramai Pengunjung

Siap Dapat Signage Baharu! Oyen Kini Digelar ‘Bintang Zoo Negara’, Berjaya Tarik Ramai Pengunjung

Lebih 3,000 pengunjung yang datang ke Zoo Negara pada hujung minggu mahu melihat kucing Oyen dan rakan-rakannya bersama sekumpulan capybara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selalunya pengunjung yang datang ke zoo ingin melihat haiwan yang jarang dilihat dalam kehidupan seharian mereka.

Namun, lain pula kisahnya apabila Zoo Negara mencatatkan peningkatan dalam jumlah pengunjung mereka disebabkan keinginan mahu berjumpa dengan kucing bernama ‘Oyen’.

Malah, kucing berwarna oren itu juga digelar sebagai ‘Bintang Zoo Negara’.

Hubungan baik antara kucing itu dan sekumpulan capybara telah menyumbang kepada peningkatan dalam bilangan pelawat Zoo Negara sehingga melebihi 3,000 orang pengunjung pada hujung minggu.

Menurut Naib Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, Oyen semakin popular berikutan hubungannya dengan capybara sejak tiga tahun lalu.

Setiap hari, 95% pengunjung yang datang hanya mahu melihat Oyen. Oyen sangat popular, jadi sebab itulah saya memanggilnya sebagai Bintang Zoo Negara. Kunjungan orang ramai juga meningkat dua kali ganda terutamanya pada hujung minggu.

Naib Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana.
Sumber: TikTok Rosly Lana

Zoo Negara Perbaharui Papan Tanda ‘Oyen’ Sempena Hari Kucing Sedunia

Selepas menjadi penghuni di sangkar Capybara, pekerja Zoo Negara mengambil keputusan untuk membina papan tanda bagi mengalu-alukan secara rasmi ‘penduduk’ tetap terbaharu mereka bersama spesies tikus berkenaan.

Artikel Berkaitan: Zoo Negara Tambah Papan Nama Kucing ‘Oyen’ Sebelah Haiwan Capybara

https://www.tiktok.com/@znmzoonegara/video/7264092969077099778?referer_url=www.therakyatpost.com%2Ffun%2F2023%2F08%2F09%2Foyen-the-cat-is-zoo-negaras-star-attraction%2F&refer=embed&embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&referer_video_id=7264092969077099778

Satu acara khas telah diadakan semalam (8 Ogos) bagi memasang papan tanda baharu untuk Oyen sempena Hari Kucing Sedunia yang disambut pada tarikh sama setiap tahun.

Papan tanda yang telah dipasang sebelum ini dipercayai telah rosak dan terpaksa diturunkan.


Pihak Zoo Negara Mahu Carikan Pasangan Untuk Oyen

Bagi mengembangkan lagi spesies Oyen, Rosly bercadang untuk mencarikan pasangan untuk Oyen.

Katanya, Oyen berpotensi untuk mempunyai anak dan jika dia sudah tiada pada masa akan datang, legasinya masih berterusan.

Walau bagaimanapun, tugas ini boleh menjadi agak sukar kerana Oyen tidak suka berkongsi perhatian yang dimilikinya dengan kucing lain walaupun berlainan jantina.

Artikel Berkaitan: Oyen In Zoo Negara Has A Competition And Her Name Is Ompok

Sumber: TikTok Rosly Lana

Pihak zoo berjanji untuk menjaga kucing Oyen dengan menyediakan makanan berkhasiat dan memantau status kesihatannya.

Rosly juga gembira kerana Oyen kini lebih mudah didekati kerana sebelum ini dia lebih gemar menyendiri dan tidak mesra dengan manusia.

Persahabatan antara Oyen dan capybara juga telah meletakkan Zoo Negara di peta dunia kerana ia menjadi salah satu tajuk utama di luar Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd