Now Reading
Zoo Negara Tambah Papan Nama Kucing ‘Oyen’ Sebelah Haiwan Capybara

Zoo Negara Tambah Papan Nama Kucing ‘Oyen’ Sebelah Haiwan Capybara

Kucing berwarna Oyen kini mempunyai papan tanda nama bersebelahan dengan haiwan Capybara di Zoo Negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Seekor kucing berwarna oren yang dilihat selalu berada sekitar haiwan Capybara di Zoo Negara secara rasminya akan menjadi ‘penduduk’ tetap dan menjadi tarikan pelancong.

Sebelum ini sekitar bulan April, seekor kucing bernama Oyen itu kerap berkeliaran bersama sekumpulan Capybara di bawah bumbung yang sama untuk berlindung dari hujan.

Tindakan Oyen itu mencuri perhatian ramai kerana dikatakan berjaya membuat penyamaran dalam persekitaran dipenuhi Capybara berwarna coklat.

BACA JUGA: Oyen Steals Spotlight At Zoo Negara’s Capybara Enclosure

Sumber gambar: TikTok @znmzoonegara

Selepas menjadi penghuni di sangkar Capybara, pekerja Zoo Negara mengambil keputusan untuk membina papan tanda bagi mengalu-alukan secara rasmi ‘penduduk’ tetap terbaharu mereka bersama spesies tikus berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@zmzoonegara), ia menunjukkan nama ‘Oyen’ dipasang bersebelahan dengan papan tanda Capybara.

https://www.tiktok.com/@znmzoonegara/video/7248466403185937682?embed_source=121352282%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=www.therakyatpost.com%2Ffun%2F2023%2F06%2F26%2Fzoo-negaras-oyen-gets-long-due-recognition-now-has-own-signage-next-to-capybaras%2F&referer_video_id=7248466403185937682

Memetik laporan Bernama, kakitangan di zoo itu sendiri kurang pasti sejak bila Oyen berpindah dan tinggal bersama haiwan Capybara tersebut.

Mereka mengandaikan mungkin ia berlaku semasa penutupan zoo akibat pandemik Covid-19 kerana haiwan itu sering melihat bersama kucing berwarna oren ketika waktu untuk memberi makan.

Walaupun kucing adalah karnivor dan Capybara adalah herbivor, ia tidak menghalang Oyen untuk mencari makanan yang boleh dimakan.

Mungkin Oyen itu sendiri agak keliru sama ada ia kucing atau Capybara.

Sumber gambar: TikTok @znmzoonegara

Netizen Beri Reaksi Dengan Khabar Berita Tentang Oyen Dan Capybara

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang lebih tertumpu kepada Oyen berbanding Capybara walaupun kedua-dua haiwan berada dalam satu sangkar yang sama.

Siap ada yang membuat gurauan kononnya permohonan Oyen untuk menjadi ‘ahli’ jawatan tetap sudah berjaya.

Malah, netizen turut terkejut selepas melihat Oyen juga memakan sayur-sayuran seperi Capybara yang lain di sekelilingnya.

Kucing Oyen ini ada je perangai pelik mereka. Nasib baik nak berkawan dengan Capybara je. Cuba kalau kucing berwarna oren itu mahu duduk sekali dengan singa atau harimau?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd