Now Reading
“Dunia Makin Bahaya” – Wanita Terkejut Jumpa Kamera Tersembunyi Pada Pita Pelekat Di Tandas Awam

“Dunia Makin Bahaya” – Wanita Terkejut Jumpa Kamera Tersembunyi Pada Pita Pelekat Di Tandas Awam

Wanita itu telah menjumpai sebuah ‘hidden camera’ di pita pelekat pada papan tanda ‘flush rosak’ di tandas sebuah stesen minyak Danau Kota.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang keselamatan para wanita, memang tidak dinafikan sudah banyak kes dilaporkan di mana mereka telah terlibat dengan gangguan seksual.

Gangguan seksual ini boleh terjadi di pelbagai tempat seperti di tempat kerja, dalam kereta api, tandas awam dan sebagainya.

Kepada mereka yang selalu berada di di tempat terbuka berseorangan, bawalah peneman ke mana-mana anda pergi untuk mengelakkan perkara tidak diingini terjadi.


Wanita Jumpa Kamera Tersembunyi Di Tandas Stesen Minyak

Seperti baru-baru ini, tular satu ciapan di laman X (Twitter @Injang_Nation), apabila lelaki ini mendedahkan seorang wanita telah menjumpai kamera tersembunyi di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Menurut wanita berkenaan, dia yang mahu menggunakan tandas jenis cangkung telah ternampak pelekat nota yang tertulis ‘flush rosak’ ditampal di situ menggunakan pita pelekat berwarna hitam.

Dia yang pada awalnya mahu keluar dari tempat berkenaan kemudian berasa tidak sedap hati apabila terlihat pantulan kecil pada kawasan pita pelekat tersebut.

“Macam ada pantulan, like a small reflection dekat dekat kawasan tape hitam itu,” ujarnya.

Tanpa berfikir panjang, dia kemudian menyentuh pita pelekat itu sebelum menyedari ada sesuatu yang tersembunyi di belakangnya.

Alangkah terkejutnya individu itu menemui kamera tersembunyi di pita pelekat berkenaan.

“Like literally syaitan tu lekat kat tandas cangkung,” kata wanita itu lagi.

Sumber: X (Twitter @Injang_Nation)

Wanita Pergi Buat Laporan Di Balai Polis

Wanita itu yang berang kemudian memanggil suaminya lalu pergi ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan tentang kes itu.

“Tengah-tengah malam pergi balai polis buat report. Sebab ada manusia jijik tak bertanggungjawab tanpa moral,” ujarnya lagi dalam nada marah.


Mangsa Beri Pesanan Kepada Kaum Wanita Untuk Berhati-hati

Susulan kejadian yang mengejutkan itu, mangsa dalam hantaran yang sama telah memberi pesanan kepada kaum wanita di luar sana supaya sentiasa berhati-hati dan memeriksa keadaan sekeliling lebih-lebih lagi bila berada di tempat awam.

“Sentiasalah berhati-hati dan check segala ceruk lubang kalau pergi tandas awam. Some people are disguting,” tegasnya.


Reaksi Orang Ramai Terhadap Situasi Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan balas perkongsian tersebut, orang ramai dilihat memberikan pandangan masing-masing terhadap isu itu.

Rata-rata pengguna laman X meluahkan rasa risau dengan kejadian pelik yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.

“Apa masalah dia orang ni, tak rasa jijik ke obses dengan benda macam tu,” kata seorang wanita.

Kaum wanita juga mengatakan mereka berasa tidak selamat apabila mahu membuang air kecil dan besar di tempat awam selepas ini.

“Gila betul, nasib baik Allah SWT gerakkan hati wanita tu untuk tengok,” ujar Zawa.

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku pada masa akan datang, beberapa orang pengguna telah menyarankan masyarakat setempat untuk membeli peranti pengesan kamera yang boleh didapatkan dengan harga yang berpatutan.

Sumber: X (Twitter @Injang_Nation)

Tidak dinafikan, perangai segelintir manusia zaman sekarang semakin pelik. Semoga anda dijauhkan daripada perkara sebegini berlaku. Hati-hati semua!

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Ini Dedah Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Hotel Saat Sedang ‘Honeymoon’

Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Kes Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Persalinan Butik Pakaian

Baca Artikel Berkaitan: Airbnb Removes Sabah Homestay’s Host Account Amid Hidden Camera Claims


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd