Now Reading
Pasangan Ini Dedah Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Hotel Saat Sedang ‘Honeymoon’

Pasangan Ini Dedah Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Hotel Saat Sedang ‘Honeymoon’

Si suami menutup kamera yang menghadap katil menggunakan kertas tisu dan barangan lain sebelum mereka tidur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila hendak bercuti ke sesuatu destinasi, adalah dinasihatkan untuk membuat perancangan terhadap tempat yang hendak dituju termasuklah rumah penginapan.

Nak lebih selamat, sebelum tempah pastikan anda baca dahulu reviu oleh orang ramai terhadap homestay atau hotel berkenaan.

Dari situ, baru anda boleh menilai sama ada mereka memberikan servis yang baik atau sebaliknya.


Pasangan Cina Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Soket B&B

Semasa berbulan madu di Kota Kinabalu, seorang wanita berbangsa Cina meluahkan rasa risau tentang kamera tersembunyi dijumpainya di B&B iaitu sebuah tempat penginapan yang mencecah kos RM400 semalaman.

Wanita tersebut telah berkongsi pengalaman buruknya di Xiaohongshu iaitu platform media sosial China tentang kejadian yang dilaluinya di tempat penginapan tersebut yang ditempah menerusi atas talian.

Setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2 pagi 6 September, pasangan itu dikatakan terus menuju ke B&B yang ditempah dan sampai kira-kira jam 3 pagi.

Merasakan sesuatu tidak kena di dalam bilik tersebut, wanita itu meminta si suami untuk memeriksa sekiranya terdapat kamera tersembunyi.

Walaupun dalam keletihan, pasangan ini berjaya menemui kamera yang diubah suai tersembunyi di soket bertentangan dengan katil.

Menerusi hantarannya, wanita itu berkongsi gambar bahagian tengah soket di mana kamera berkenaan tersembunyi. Apabila disuluhkan dengan lampu, cahaya itu terus dipantulkan seperti cermin.


Tutup Kamera Pakai Tisu Supaya Dapat Rehat Dengan Tenang

Oleh kerana kamera itu menghadap ke arah katil, pasangan ini berasa kurang selesa dan takut untuk melakukan apa-apa dalam bilik tersebut. Dalam masa yang sama, isterinya pula sanggup tidak menanggalkan pakaian walaupun ketika sedang mandi.

Suaminya kemudian bertindak menutup kamera menggunakan kertas tisu dan barangan lain agar mereka boleh berehat dengan tenang.

Selepas membuat aduan tentang kejadian yang berlaku pada waktu subuh, pasangan itu terus mendaftar keluar dan mencari penginapan lain.

Pasangan ini turut melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis dan menerima bayaran balik daripada homestay itu.

Mereka juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan memberi perhatian kepada rupa kamera yang kadangkala kelihatan seperti kamera telefon bimbit.

Insiden ini jelas menunjukkan bahawa setiap orang perlulah sentiasa berwaspada dan memeriksa kamera tersembunyi sekiranya menginap di tempat yang tidak dikenali.

Sumber: Xiaohongshu

Petua untuk Pastikan Privasi & Keselamatan Terjamin Di Bilik Penginapan

Sekiranya sedang berhasrat untuk tinggal di mana-mana penginapan, anda dinasihatkan untuk memeriksa bilik seperti dinding atau perabot yang kelihatan mencurigakan.

Buat mereka yang tidak tahu, kamera boleh disembunyikan dengan mudah di dalam pembesar suara, pengesan asap, pasu bunga, rak dan penutup lampu.

Seperti satu kes sebelum ini, sebuah keluarga di Ipoh telah menemui kamera tersembunyi di bilik mandi homestay mereka semasa percutian pada tahun 2019.

Manakala pada tahun 2017, 31 pelajar universiti di kalangan umur 20-an, berasa ngeri apabila mendapati mereka sedang dirakam secara rahsia semasa mandi di sebuah homestay Selayang.

Pada tahun yang sama juga, seorang pemilik homestay di Ipoh telah didenda sejumlah RM10,000 kerana merakam lapan tetamu dalam keadaan berbogel ketika mandi.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Kes Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Persalinan Butik Pakaian

Baca Artikel Berkaitan: “Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah

Baca Artikel Berkaitan: Pihak Resort Di Pulau Rawa Dakwa Terima Ugutan Bunuh Susulan Kes Influencer Berang Habis RM17,000 Tapi Servis Teruk

Sumber: TikTok (@nickreay0304)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd