Now Reading
“Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah

“Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah

Bukan setakat banyak sampah ditinggalkan, malah keluarga ini siap mengangkat sofa ke luar balkoni rumah.

"Pelanggan Dari Neraka" - Tuan Rumah Kesal Homestay Ditinggal Kotor & Bersepah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebiasaannya apabila bercuti ke negeri atau lokasi yang berjauhan dengan rumah kita, sesetengah individu lebih memilih untuk menyewa rumah inap berbanding menempah hotel kerana harganya yang jauh lebih murah.

Zaman sekarang ini memang senang sangat nak cari rumah inap. Boleh cari di media sosial atau menggunakan beberapa aplikasi popular seperti Agoda dan Booking.com.

Walaupun kita tinggal menyewa buat sementara waktu di kediaman yang bukan milik kita, tetap kena jaga betul-betul seperti milik sendiri.

BACA JUGA: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!

Wanita Bengang Tengok Homestay Penuh Dengan Sampah Dan Bersepah

Baru-baru ini, seorang wanita yang mengambil upah sebagai tukang cuci rumah meluahkan rasa kesal menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook miliknya (Nur Izzati Nadia) selepas melihat keadaan sebuah kediaman yang didakwa disewakan oleh sebuah keluarga.

Kalau anda tengok sendiri keadaan rumahnya, memang mengucap jugalah kerana ada banyak sampah ditinggalkan di dapur.

Sumber: Facebook/Nur Izzati Nadia

Bukan setakat di dapur, pinggan mangkuk dan bungkusan makanan di meja makan pun dibiarkan begitu sahaja.

Ketuhar serta peti ais juga kotor dengan tumpahan makanan dan dibiarkan tanpa dibersihkan.

Sumber: Facebook/Nur Izzati Nadia

Pelanggan Sesuka Hati Ubah Kedudukan Perabot

Apa yang membuatkan wanita ini lebih geram adalah apabila mereka sesuka hati mengubah kedudukan perabot di kediaman tersebut tanpa membetulkan semula sebelum meninggalkan tempat itu.

Siap bawa sofa ke luar balkoni ya. Tilam dari bilik juga diletakkan di ruang tamu.

Malah, kaki meja di dalam bilik juga sudah tercabut.

Sumber: Facebook/Nur Izzati Nadia

Tak Sangka Ada Individu Pengotor Seperti Itu

Di ruangan komen hantaran yang dimuat naik itu, ramai yang geram dan juga bengang melihat keadaan rumah tersebut yang agak kotor.

Mana tidaknya, bukan setakat tinggalkan sampah, susunan peralatan di rumah juga disepahkan tanpa membetulkannya balik.

Sebagai pelanggan atau tetamu, kita bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan rumah seseorang walaupun sudah membayar sejumlah wang mengikut harga ditetapkan.

Wang yang dibayar tidak menjadi ‘tiket’ untuk kita membuat sesuka hati di kediaman seseorang. Anda di luar sana jangan buat macam ini okey?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd