Now Reading
Polis Siasat Kes Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Persalinan Butik Pakaian

Polis Siasat Kes Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Persalinan Butik Pakaian

Lebih mengeruhkan lagi, rakaman video dalam bilik persalinan butik pakain itu dijadikan sebagai modal untuk berjual beli secara atas talian.

tular video dalam fitting room

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan hampir semua butik pakaian akan menyediakan bilik persalinan bagi membolehkan pelanggan mereka mencuba pakaian yang ingin dibeli bagi mengetahui saiz yang sesuai.

Siapa sangka topik tentang bilik persalinan di butik pakaian kini menjadi bualan hangat orang ramai selepas tular beberapa video individu di tempat tersebut.

Perkara ini mula mendapat perhatian ketika seorang pengguna Twitter (@meleisgw) mendedahkan perkara tersebut selepas memuat naik tangkap layar video yang tersebar.

Difahamkan, video itu didapati menerusi kamera tersembunyi yang diletakkan di lampu bahagian atas dalam bilik persalinan berkenaan.

Lebih mengeruhkan lagi, rakaman video serta beberapa gambar individu di dalam bilik tersebut turut dijadikan sebagai modal untuk berjual beli secara atas talian.

Beberapa orang mangsa juga dipercayai telah menghubungi pengguna Twitter berkenaan bagi memberikan keterangan tentang perkara yang tular itu.

Polis Sisat Kes Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Persalinan Butik Pakaian

Memetik laporan The Star, pihak butik tersebut juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang didakwa telah mengganggu privasi pelanggan mereka.

Pihak Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Isu ‘Hidden Cam’ Dalam Bilik Persalinan

Susulan tularnya kes tersebut, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengetahui lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi,  Noor Dellhan Yahaya menjelaskan pihak menerima laporan berhubung kejadian pada Ahad lalu (8 Januari).

Kes tersebut merupakan dikategorikan sebagai suatu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, pihak polis turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan perkara yang boleh melanggari undang-undang negara.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian, boleh menghubungi Pegawai Penayiasat kes Inspektor Muhammad Fikri bin Abdul Rahman di talian 013-4149917 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd