Now Reading
“Tak Sempat Screenshot” – Peniaga Di China Jual Barang Laju-laju Buat Ramai Netizen Terhibur

“Tak Sempat Screenshot” – Peniaga Di China Jual Barang Laju-laju Buat Ramai Netizen Terhibur

Kebanyakan barangan yang ditunjukkan itu disimpan di dalam kotak berwarna oren dan akan dikeluarkan beberapa saat untuk ditunjukkan kepada penonton.

SELLER CHINA JUAL BARANG LAJU

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Teknologi zaman sekarang ini memang cukup canggih sehingga membolehkan anda yang tinggal di Malaysia berpeluang untuk melihat barangan yang dipromosikan di negara lain.

Ditambah pula dengan pelbagai platform atas talian yang membolehkan peniaga membuat ‘live’ untuk mempromosikan barang jualan seperti di TikTok, Shopee, Facebook dan sebagainya.

Kebiasaannya, para peniaga akan menerangkan berkali-kali tentang produk jualan kepada para pelanggan bagi menarik ramai pembeli, tetapi lain pula cara yang dilakukan oleh peniaga di China ini.


Peniaga Di China Promosi Barang Laju-laju Di Live TikTok

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman TikTok (@annezx888), kelihatan seorang wanita di China sedang mempromosikan barangan di platform Douyin dengan cara yang unik dan bersuara lembut.

Kebanyakan barangan yang ditunjukkan itu disimpan di dalam kotak berwarna oren dan akan dikeluarkan beberapa saat sahaja untuk ditunjukkan kepada penonton.

Tak sampai 10 saat pun penonton sempat melihatnya sebelum ia ditolak semula ke bahagian tepi dan diberikan pula barangan yang lain.

Senang kata, peniaga itu cuma mengeluarkan barang dan menunjukkan di hadapan kamera sebelum ia dimasukkan semula ke dalam kotak.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@annezx888

ตอบกลับ @✩! สายตาคนข้างๆคือแบบ 555555555

♬ เสียงต้นฉบับ – ImChunpingggg – ImChunpingggg

Ramai Netizen Bezakan Live Jualan Dengan Peniaga Di Malaysia

Walaupun video tersebut dimuat naik di akaun TikTok milik warga Thailand, tetapi agak banyak juga reaksi diberikan rakyat Malaysia di ruangan komen.

Siap ada yang membandingkan cara segelintir peniaga di Malaysia mempromosikan barang secara ‘live’ dalam keadaan menjerit dan terkinja-kinja.

Kelajuan peniaga tersebut juga membuatkan netizen terfikir bahawa pelanggan pasti tidak akan sempat untuk ‘screenshot’ produk yang mahu dibeli kerana terlalu laju.

Malah, mereka juga membuat gurauan kononnya peniaga itu mempromosi barangan seperti mahu mengamuk.

Kalau korang gosok mata sekejap, habis hilang sudah barangan yang dilihat sebelum itu. Tak sempat nak tanya apa-apa.

Mungkin ini salah satu strategi mereka untuk tarik perhatian pelanggan. Nampak cantik je, terus beli tanpa sempat berfikir apa-apa.

Yang penting, jangan boros sudah!

Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Bundle Geram Siap Koyak Baju Jualan Lepas Pelanggan Bida Harga Rendah

Artikel Berkaitan: Indonesia Umum Hapuskan TikTok Shop. Ini 4 Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Artikel Berkaitan: “Nak Sewa Kedai Tak Mampu” – Peniaga Indonesia Kecewa Bisnes TikTok Shop Dihentikan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd