Now Reading
TikTok Shop Umum Caj Transaksi 2.16% Kepada Peniaga Bagi Setiap Pembayaran Mulai 1 Mac Ini

TikTok Shop Umum Caj Transaksi 2.16% Kepada Peniaga Bagi Setiap Pembayaran Mulai 1 Mac Ini

Peningkatan caj yuran komisen di TikTok Shop turut mengambil kira faktor peningkatan caj SST dari 6% kepada 8% yang mula berkuatkuasa pada tarikh sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain menjadi tempat untuk orang ramai menonton video pendek, TikTok juga menyediakan platform untuk para pengguna membeli barangan secara atas talian.

Terdapat pelbagai barangan yang dijual termasuklah pakaian, produk penjagaan wajah, alat melukis, kasut, minyak wangi dan sebagainya.

Kepada para peniaga yang menjalankan bisnes secara online di TikTok Shop, ada berita penting yang ada perlu tahu.


TikTok Shop Umum Kenaikan Caj Transaksi Dan Yuran Komisen Mulai 1 Mac 2024

Memetik laporan Astro Awani, TikTok telah mengumumkan bahawa caj yuran komisen bagi penggunaan platform TikTok Shop akan dinaikkan sehingga 4.32% bermula 1 Mac ini.

Caj yuran komisen yang bergantung kepada kategori produk jualan itu turut mengambil kira faktor peningkatan caj SST dari 6% kepada 8% yang mula berkuatkuasa pada tarikh sama.

Sumber: TikTok Shop

Bukan itu sahaja, TikTok Shop juga akan mengenakan caj transaksi sebanyak 2.16% kepada para peniaga bagi setiap pembayaran yang berjaya dilakukan di platform berkenaan.

Kepada anda yang mahu mengetahui kadar yuran komisen yang dikenakan kepada para peniaga bagi setiap kategori, boleh rujuk jadual di bawah.

Sumber: TikTok Shop Academy

Kaedah Untuk Mengira Yuran Komisen

Menurut TikTok Shop Academy, yuran komisen ini dikira daripada harga item selepas ditolak dengan apa-apa diskaun yang diberikan oleh peniaga. Yuran penghantaran dan diskaun dari platform TikTok Shop tidak dikira sebagai pengiraan dalam yuran komisen.

Formula untuk mengiranya adalah:

Caj Komisen= (Harga Barang – Diskaun Dari Peniaga) x Kadar Caj Dikenakan

Contoh pengiraan boleh dirujuk di bawah:

Sumber: TikTok Shop Academy

Tetapi bagaimana pula jika seseorang itu membeli beberapa barangan yang berbeza kategori? Ini kerana setiap kategori produk mempunyai kadar caj komisen yang berbeza.

Contoh bagi situasi ini adalah seperti berikut:

Sumber: TikTok Shop Academy

Kaedah Untuk Mengira Caj Transaksi

Selain yuran komisen, caj transaksi turut dikenakan kepada para peniaga iaitu sebanyak 2.16% bagi setiap pembelian yang berjaya dihantar kepada para pelanggan.

Sebagai info, caj ini telah dikenakan sebanyak 2.12% termasuk SST.

TikTok Shop akan memotong yuran tersebut secara automtik selepas selesai proses pembayaran akhir produk.

Untuk mengira kadar caj transaksi ini, ia menggunakan formula:

Caj Transaksi = (Bayaran Pelanggan – Caj Refund Pelanggan) x 2.16%

Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Sumber: TikTok Shop Academy

Tetapi sekiranya pelanggan itu memulangkan balik barangan atau refund kepada peniaga, pengiraan akan sedikit berubah seperti jadual di bawah:

Sumber: TikTok Shop Academy

Selain TikTok Shop, Google juga memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengenakan peningkatan caj SST kepada 8% mulai 1 Mac ini berbanding 6% sebelumnya.

Memetik laporan Amanz, keputusan ini dibuat selari dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan semasa pembentangan Belanjanwan 2024 pada Oktober tahun lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Cukai Barang Mewah Berkuat Kuasa Bermula 1 Mei 2024

Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Pelepasan Cukai Individu Diumumkan PM Dalam Belanjawan 2024

Baca Artikel Berkaitan: Cukai Barangan Online 10% Hanya Untuk Produk Import Sahaja – Fahmi Fadzil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd