Now Reading
Cukai Barangan Online 10% Hanya Untuk Produk Import Sahaja – Fahmi Fadzil

Cukai Barangan Online 10% Hanya Untuk Produk Import Sahaja – Fahmi Fadzil

Perkara ini diputuskan bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai dikenakan itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil baru-baru ini telah menjelaskan cukai jualan 10% bagi pembelian dalam talian (online) untuk barang bernilai rendah (LVG) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2024 ini hanya terpakai bagi produk bernilai bawah RM500 yang diimport sahaja.

Ini katanya bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai dikenakan itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.

“Yang penting untuk dijelaskan ia hanya terpakai bagi produk import yang dijual secara dalam talian di Malaysia.

“Produk yang dihasilkan dalam negara tidak terkesan, jadi saya harap ini dapat kurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang cukai tersebut.

“Kita boleh rujuk laman rasmi Jabatan Kastam untuk maklumat lebih terperinci dan dari semasa ke semasa kita akan pantau untuk pastikan adakah rakyat terutama penjual dan pembeli yang laksanakan transaksi dalam talian benar-benar faham kenapa ia dilaksanakan dan apa kategori produk yang terkesan,” kata Fahmi semalam (18 Disember).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Sabtu (16 Disember) memaklumkan kerajaan akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10% ke atas LVG diimport yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan 2024.

Ini menimbulkan salah faham kerana ramai menyangkakan ia melibatkan semua barangan RM500 ke bawah tanpa mengira produk luar atau dalam negara.

Jika diringkaskan, LVG adalah:

  • Semua jenis barangan tidak termasuk rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik, dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok.
  • Dijual pada harga tidak melebihi RM500.
  • Merupakan barangan import yang dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.

Justeru mereka yang menjual barangan LVG di platform dalam talian atau mengendalikan pasaran dalam talian untuk penjualan dan pembelian LVG mesti mendaftar dengan JKDM jika jumlah nilai jualan LVG yang dibawa masuk ke Malaysia melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd