Now Reading
“Nak Lawan Changi Airport” – Bumbung KL Sentral Bocor Dilimpahi Air Undang Perhatian Ramai

“Nak Lawan Changi Airport” – Bumbung KL Sentral Bocor Dilimpahi Air Undang Perhatian Ramai

Satu rakaman video menyaksikan air melimpah akibat bumbung bocor di KL Sentral redONE yang berhubung dengan stesen MRT Muzium Negara.

bumbung kl sentral bocor

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), cuaca di seluruh Malaysia pada petang ini diramalkan hujan lebat dan ribut petir.

MetMalaysia menerusi Facebook rasminya melaporkan, antara negeri terlibat adalah Terengganu, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

Hujan lebat pada masa kini sememangnya memberi kesan terhadap beberapa pihak dan kerosakan pada kemudahan awam.


Bumbung Stesen KL Sentral redONE Bocor Menyebabkan Air Hujan Melimpah

Seperti baru-baru ini, tular satu rakaman video dikongsi oleh pengguna laman X (Twitter @anaszack) menunjukkan air melimpah memasuki KL Sentral redONE yang berhubung dengan stesen MRT Muzium Negara.

Ia dipercayai berpunca daripada bumbung stesen tersebut yang bocor ketika hujan lebat.

Bumbung bocor tersebut dilihat berada di bawah kawasan eskalator sekitar stesen kereta api.

Orang ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut juga dilihat berjalan menjauhi air berkenaan agar tidak terkena pada diri sendiri.

Sumber: X (Twitter @anaszack)

Netizen Terhibur Dengan Kapsyen Pengguna Yang Kongsi Video Air Melimpah

Menjengah ke ruangan balas di akaun X tersebut, ramai netizen dilihat terhibur dengan kapsyen ditulis oleh Anas yang membandingkan kejadian tersebut dengan air terjun tertutup Lapangan Terbang Changi, Singapura.

“Faham, KL Sentral nak lawan Changi Airport,” ujar Anas.

Ada juga yang berjenaka dengan berkata limpahan air daripada bumbung tersebut kelihatan semula jadi dan boleh dijadikan tempat ‘healing’.

Dalam masa sama, ada juga individu tidak berpuas hati dengan kerosakan dialami di stesen kereta api walhal ia mengenakan caj tambang tinggi kepada pengguna.

“Dengan harga Yahudi KL Sentral ke KLIA pun boleh terjadi. Di Singapura, anda boleh menaiki MRT dari mana sahaja untuk ke Changi Airport dengan tambang tak mencecah RM10”, jelas Noah.

Tambah seorang lagi pengguna, fasaliti yang kelihatan teruk terjejas itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan infrastruktur penting bagi laluan MRT Kajang Line sejak siap dibina 6 tahun lalu.

Sumber: X (Twitter @anaszack)

Rapid KL Bakal Ambil Tindakan Lanjut Mengenai Fasiliti Yang Rosak

Susulan kes ini, perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL telah ambil maklum tentang rakaman tular di media sosial dan telah berhubung dengan pengguna yang berkongsi hantaran tersebut.

Menurut pemilik akaun X (Twitter @askrapidkl), butiran tentang insiden itu akan dimaklumkan kepada pihak pengurusan operasi agar tindakan lanjut boleh diambil.

Baca Artikel Berkaitan: Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Mula Operasi Semula Hari Ini, 14 November

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Mohon Maaf Isu LRT Tutup 7 Hari & Akan Bawa Pakar Luar Negara Siasat Punca Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: RapidKL Tawar Promosi Beli 1 Percuma 1 Pas My50 Hingga 7 November Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd