Kerajaan Mohon Maaf Isu LRT Tutup 7 Hari & Akan Bawa Pakar Luar Negara Siasat Punca Sebenar
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan pakar dari luar negara akan tiba bagi menyiasat punca sebenar sehingga menyebabkan 16 stesen LRT Laluan Kelana Jaya perlu ditutup tujuh hari.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bermula semalam (9 November) sehingga 15 November ini, pihak RapidKL telah menutup 16 stesen daripada Stesen Kelana Jaya sehingga Ampang Park.
RapidKL dalam satu kenyataan memaklumkan mereka terpaksa berbuat demikian kerana Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) didapati tidak stabil pada 5 November lalu menyebabkan tren di laluan Kelana Jaya terpaksa dipandu secara manual.
Stesen-stesen tersebut telah ditutup sejak 4.49 petang pada Selasa (8 November) berikutan kebimbangan pihak RapidKL terhadap keselamatan pengguna kerana operasi itu yang dianggap tidak stabil.

Menteri Pengangkutan Buat Permohonan Maaf Isu 16 Stesen LRT Ditutup
Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan syarikat pengendali Transit Aliran Ringan (LRT) tersebut iaitu Prasarana Malaysia merupakan syarikat di bawah Menteri Kewangan yang diperbadankan.
Namun sebagai sebahagian daripada kerajaan, beliau berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

Wee turut meminta pihak Prasarana untuk mengemaskini maklumat terbaharu tentang gangguan LRT tersebut sekurang-kurangnya tiga jam sekali.
Selain itu, bantuan pakar luar negara dari pihak pengilang Thales Group yang datang daripada beberapa negara seperti Istanbul, Turkiye, Toronto dan juga Kanada akan tiba di Malaysia bagi membantu menyiasat punca sebenar kegagalan ATC.
Sudah sampai masanya untuk Prasana melihat kepada penjadualan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala dan mereka perlu mengubah kepada sistem yang lebih dinamik dan mengutamakan keselamatan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
Buat masa ini, hanya beberapa stesen sahaja yang masih berfungsi seperti biasa di LRT Laluan Kelana Jaya.
Kemaskini Laluan Kelana Jaya: Berikut adalah stesen-stesen yang akan beroperasi sehingga jam 11 malam. pic.twitter.com/QWsFCjajYw
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
Bagi membantu pergerakan orang ramai, pihak RapidKL turut menyediakan bas perantara percuma di beberapa stesen LRT Laluan Kelana Jaya.
BACA JUGA: 16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Seminggu Mulai Hari Ini, 9 November
BACA JUGA: Netizens Slam Wee Ka Siong, Call For Anthony Loke To Return After Rapid KL’s Poor Service
BACA JUGA: [Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.