Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Mula Operasi Semula Hari Ini, 14 November
RapidKL memberikan tambang percuma selama tujuh hari bermula hari ini (14 November) berikutan pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada 9 November lalu, pihak RapidKL telah menutup 16 stesen LRT Laluan Kelana Jaya selama tujuh hari sehingga 15 November selepas mendapati Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) tidak stabil dan memerlukan tren di laluan berkenaan dipandu secara manual.
Sejumlah 16 stesen laluan tersebut yang ditutup merupakan perhentian paling sibuk di ibu kota iaitu stesen Ampang Park sehingga Kelana Jaya.
Berikutan penutupan itu, pihak RapidKL telah menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma kepada orang ramai.
BACA JUGA: 16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Seminggu Mulai Hari Ini, 9 November

LRT Laluan Kelana Jaya Kembali Beroperasi Mulai Hari Ini
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Twitter rasmi RapidKL (@AskRapidKL), pihak mereka memaklumkan kesemua perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kini kembali beroperasi sepenuhnya pada jam 6:00 pagi hari ini, 14 November.
Pembukaan semula itu adalah dua hari lebih awal daripada dijadualkan sebelum ini iaitu pada 15 November.
Beberapa ujian teknikal telah dijalankan terlebih dahulu oleh pihak Rapid Rail, OEM Thales Group dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum mengesahkan sistem ATC selamat untuk beroperasi semula.
LRT LALUAN KELANA JAYA AKAN DIBUKA SEPENUHNYA PADA 14 NOVEMBER 2022
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 13, 2022
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), operator perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel di Lembah Klang, akan membuka keseluruhan jajaran LRT Laluan Kelana Jaya bermula jam 6 pagi Isnin 14 November 2022, pic.twitter.com/lGTKuCVEKu
RapidKL Beri Tambang Percuma Kepada Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya Selama 7 Hari
Dalam satu hantaran lain di laman Twitter Rapid KL (@AskRapidKL), pihak mereka telah menawarkan tambang percuma selama tujuh hari rentetan pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya pada hari ini (14 November).

Tambang percuma itu diberikan kepada semua pengguna Pas My50, kad Touch ‘n Go dan juga token.
Pengguna Pas My50
- Tambahan perjalanan percuma selama tujuh hari apabila memperbaharui pas My50 bermula 21 November sehingga 20 Disember 2022.
- Pelanggan pas My50 yang mempunyai tamat tempoh di antara 14 November sehingga 20 November boleh menggunakan pas seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj.
- Anda perlu memastikan pas tersebut mempunyai baki minimum RM5.
Pengguna Kad Touch ‘n Go
- Pengguna kad Touch ‘n Go yang menggunakan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya boleh menggunakan kad seperti biasa tanpa sebarang caj dikenakan mulai 14 November sehingga 20 November 2022.
- Syaratnya adalah destinasi mula atau akhir perlulah berada di mana-mana stesen LRT Laluan Kelana Jaya.
- Pastikan nilai baki minima RM5 berada di dalam kad anda.
Pengguna Token
- Semua pengguna LRT Laluan Kelana Jaya layak menikmati tambang percuma mulai 14 November sehingga 20 November 2022.
- Pengguna perlu ke Pejabat Khidmat Pelanggan di mana-mana stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT bagi mendapatkan token khas perjalanan sehala dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di stesen LRT Laluan Kelana Jaya.
Para pelanggan yg dihormati, rentetan dari pengumuman Rapid Rail Sdn Bhd tentang pembukaan semula operasi LRT Laluan Kelana Jaya yg bermula esok, Isnin 14 November, kami sertakan visual rumusan pampasan yg akan diberikan kpd pengguna laluan yg terjejas sepanjang tempoh penutupan. pic.twitter.com/NdEeq2CRtL
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 13, 2022
Pembukaan semula operasi LRT Laluan Kelana Jaya ini sudah pasti melegakan para pengguna yang menjadikan perkhidmatan ini sebagai alternatif untuk ke tempat kerja setiap hari.
BACA JUGA: Kerajaan Mohon Maaf Isu LRT Tutup 7 Hari & Akan Bawa Pakar Luar Negara Siasat Punca Sebenar
BACA JUGA: Netizens Slam Wee Ka Siong, Call For Anthony Loke To Return After Rapid KL’s Poor Service
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.