“Gelak Dulu Baru Sakit” – Netizen Berdekah Jurugambar Dilanggar Pelumba Basikal Esktrem
Jurugambar dan pelumba basikal itu kedengaran ketawa berdekah walaupun baru sahaja jatuh di atas tanah akibat perlanggaran.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seseorang yang berkerja sebagai jurugambar sememangnya memerlukan persediaan dari segi fizikal dan mental bagi mengharungi pelbagai cabaran.
Mana tidaknya, kena berebut dengan jurugambar yang lain untuk mendapatkan ‘shot’ terbaik dalam sesuatu laporan.
Itu belum dikira dari segi faktor cuaca persekitaran yang panas dan hujan lebat lagi. Memang kena kuat ya!
Jurugambar Dilanggar Pelumba Basikal Esktrem Di Dalam Hutan
Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (@saifulwahab669), seorang jurugambar lelaki telah terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika bertugas di Kelantan Foresty International Downhill Championship.
Dalam video berkenaan, seorang pelumba basikal ekstrem dilihat sedang menuruni kawasan cerun di trak berkenaan dan telah melanggar jurugambar yang berada di bahagian tepi bukit.
Pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua jurugambar serta pelumba basikal tersebut telah terjatuh di atas tanah.
Kalau tengok bagaimana jurugambar itu terjatuh, macam sakit juga kerana kakinya tersadung pada dahan pokok dan tangan tersangkut pada tali sebelum ‘tumbang’ ke bawah.

Namun, reaksi mereka pula sebaliknya apabila kedengaran bunyi ketawa yang berdekah walaupun baru sahaja jatuh akibat terlanggar.
Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 293,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@saifulwahab669 Rider langgar Cameraman di Kelantan Foresty International Downhill Championship #kfidhc2023 #sectionkonababi #tokbokdhtrails #mountainbikes
♬ original sound – SAY-PU – SAY-PU
Netizen Tak Dapat Tahan Dekah Lihat Jurugambar Terjatuh Dilanggar Pelumba Basikal
Di ruangan video tersebut, ramai netizen yang terhibur melihat kejadian yang berlaku sehingga tidak dapat menahan ketawa.
Malah, ada juga netizen yang terpaksa meminta maaf kerana telah mengetawakannya selepas melihat video berkenaan.
Kalau korang tengok video itu dan mendengar ketawa mereka yang berdekah, confirm akan tergelak sekali.

Sumber: TikTok @saifulwahab669
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.