Now Reading
“Nak Join Berkelah” – Beruang ‘Ratah’ Makanan Buat Pengunjung Kaku

“Nak Join Berkelah” – Beruang ‘Ratah’ Makanan Buat Pengunjung Kaku

Seekor beruang hitam dilihat sedang makan hidangan yang dibawa oleh sebuah keluarga semasa sedang berkelah di Taman Ekologi Chipinque, Mexico.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Meluangkan masa bersama keluarga adalah sangat penting bagi memastikan hubungan sentiasa erat.

Kadangkala nak jumpa ahli keluarga di rumah pun tidak sempat kerana sibuk dengan pekerjaan dan persekolahan semasa hari bekerja.

Salah satu idea aktiviti yang anda boleh cuba bersama ahli keluarga adalah berkelah. Tidak kiralah di pantai ataupun taman. Memang syok!


Beruang Hitam Makan Makanan Keluarga Yang Sedang Berkelah Di Taman

Perkelahan sebuah keluarga telah bertukar menjadi situasi mencemaskan apabila seekor beruang hitam telah menggangu mereka di Taman Ekologi Chipinque yang terletak di negeri utara Nuevo Leon, Mexico.

Klip video yang tular itu telah dimuat naik semula di laman X (Twitter @somakazima) menyaksikan seekor beruang hitam dilihat memanjat meja apabila keluarga berkenaan sedang menjamu selera.

Haiwan itu kemudian makan hidangan yang dibawa oleh mereka iaitu enchilada dan taco.

Terkejut dengan situasi tidak dijangkakan berlaku, si ibu dalam keadaan kaku dilihat menutup muka seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya yang sedang duduk dengan jarak beberapa inci daripada beruang itu.

Sumber: X (Twitter @somakazima)

Selepas selesai makan, beruang tersebut berjalan ke arah depan meja menghampiri seorang perempuan yang turut berada di tempat duduk.

Tanpa mencederakan sesiapa, haiwan berbulu ini kemudian turun dari meja lalu pergi meninggalkan kawasan tersebut dengan tenang.


Tips Selamatkan Diri Daripada Diserang Beruang

Terserempak dengan beruang, bukanlah situasi yang biasa berlaku dalam rutin harian. Namun, anda tidak boleh menjangkakan apa yang mungkin berlaku kepada diri sendiri pada masa akan datang.

Sumber: Pexels

Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut kami kongsikan beberapa petua yang anda boleh cuba sekiranya berhadapan dengan situasi seperti ini. Antaranya:

  • Melambaikan tangan perlahan-lahan agar haiwan itu dapat mengenal pasti anda seorang manusia. Untuk info, beruang yang sedang berdiri kebiasaannya hanya mempunyai sifat ingin tahu dan tidak mengancam.
  • Kekal tenang dan tidak menjerit ke arah beruang. Jeritan atau pergerakan secara tiba-tiba boleh mencetuskan serangan.
  • Lindungi anak kecil sekiranya mereka berhampiran beruang.
  • Jangan berlari kerana haiwan ini mempunyai kelajuan hampir sama dengan kuda lumba dan mampu mengejar anda.
  • Elakkan memanjat pokok kerana sesetengah jenis beruang boleh memanjat.

Baca Artikel Berkaitan: “Kucing Boleh Trauma” – Letak Ular Sawa Atas Sangkar, Persatuan Haiwan Malaysia Mohon Aaron Aziz Lebih Peka

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kuda Poni Naik Bas ‘Tegur’ Penumpang Bikin Ramai Terhibur Di United Kingdom

Baca Artikel Berkaitan: Harimau Dijumpai Di Batang Kali – Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Terjumpa ‘Pak Belang’

Sumber: BBC | National Park Service


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd