Now Reading
“Ini Mengarut” – Saintis Tolak Dakwaan Penemuan Jasad Makhluk Asing Yang Dibawa Di Parlimen Mexico

“Ini Mengarut” – Saintis Tolak Dakwaan Penemuan Jasad Makhluk Asing Yang Dibawa Di Parlimen Mexico

Hasil pemeriksaan mengesahkan dua jasad yang didakwa adalah makluk asing itu tidak mempunyai kaitan dengan manusia.

alien makhluk asing jasad di kongres mexico (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, dua jasad didakwa makhluk asing telah ditunjukkan ketika sesi pendengaran luar biasa Kongres Mexico yang turut dihadiri oleh ahli Parlimen negara itu.

Sesi pendengaran tersebut buat pertama kalinya menyentuh tentang isu hidupan makhluk asing dari angkasa lepas yang dikatakan turut menjadi penghuni Bumi.

Memetik sumber Reuters, seorang wartawan dikenali sebagai Jaime Maussan mendakwa dua penemuan itu mempunyai kaitan dengan makhluk asing dari luar angkasa.

Tambahnya lagi, dia mendakwa jasad tersebut ditemukan berhampiran kawasan purba Nazca Lines di Peru pada tahun 2017.

Dua jasad bersaiz kecil yang dipamerkan di dalam kotak itu dilihat mempunyai tiga jari pada setiap tangan dan berkepala lonjong.

Pihak Universiti Autonomi Kebangsaan (UNAM) di Mexico dipercayai telah melakukan analisis melibatkan jasad tersebut dan meramalkan ia sudah berusia kira-kira 1,000 tahun.


Golongan Profesional Nafi Jasad Tersebut Mempunyai Kaitan Dengan Makhluk Asing

Sementara itu, Pengarah Institut Saintifik untuk Kesihatan, Tentera Laut Mexico, Jose de Jesus Zalce Benitez memaklumkan pihak mereka telah melakukan pemeriksaan sinar-X, konstruksi semula secara tiga dimensi (3D) dan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap penemuan tersebut.

Hasil pemeriksaan mengesahkan dua jasad itu tidak mempunyai kaitan dengan manusia.

UNAM pula mengatakan bahawa kerja yang dijalankan oleh Makmal Kebangsaan Spektrometri Jisim dengan Pemecut (LEMA) adalah bertujuan untuk menentukan umur sampel sahaja.

Ini kerana asal usul melibatkan artifak tersebut masih belum dapat dikenal pasti.


Saintis Anggap Penemuan Artifak Makhluk Asing Sebagai ‘Mengarut’

Memetik sumber India Today, beberapa penyelidik dan saints menyatakan keraguan mereka terhadap dakwaan Maussan kerana berpendapat maklumat terperinci berkaitan artifak itu adalah tidak masuk akal.

Penyelidik UNAM, Julieta Fierro berkata universitinya mengesahkan penemuan Maussan adalah palsu dan menyatakan bahawa saintis memerlukan teknologi lebih moden daripada sinar-X yang digunakan untuk menentukan sama ada bertepatan dengan dakwaan ia sebagai makhluk bukan manusia.

Dalam pada itu, Ahli Kongres Sergio Gutiérrez Luna dari parti pemerintah Morena mempersoalkan tindakan Maussan yang tidak menjemput mana-mana duta dari Peru jika benar artifak yang dijumpai adalah ‘harta negara’.


Buat masa ini, tiada sebarang kesimpulan dari mana-mana golongan profesional termasuklah penyelidik serta saintis yang dapat membuktikan bahawa penemuan dua jasad tersebut adalah makluk asing dari luar angkasa.

Sebagai info pada tahun 2017, Maussan pernah membuat dakwaan serupa di Peru.

Namun, laporan dari Pejabat Pendakwa Raya Peru kemudiannya mendapati jasad yang dimaksudkan itu adalah patung yang baru siap dihasilkan dan diliputi campuran kertas dan gam sintetik bagi menampakkan ia seperti kulit sebenar.

Laporan sama turut mendedahkan jasad berkenaan sememangnya ciptaan manusia dan ia bukan sisa-sisa makhluk asing lama seperti yang didakwanya.

***A handout photo made available by the Chamber of Deputies of the UFO phenomenon researcher Jaime Maussan (l) and the deputy Sergio Carlos Gutiérrez (c) while observing the body of a suspected extraterrestrial during an appearance in Mexico City, Mexico, 12 September 2023. EFE-EPA/ Chamber of Deputies /EDITORIAL USE ONLY/ONLY AVAILABLE TO ILLUSTRATE THE ACCOMPANYING NEWS (MANDATORY CREDIT)

Sumber: Reuters | India Today | AP News | EFE


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd