Now Reading
Saintis Ramal Ribut Angkasa Bakal Cetus ‘Kiamat Internet’, Mampu Lumpuhkan Talian Beberapa Tahun

Saintis Ramal Ribut Angkasa Bakal Cetus ‘Kiamat Internet’, Mampu Lumpuhkan Talian Beberapa Tahun

Para saintis yang melakukan kajian tersebut menggunakan lapisan pada batang kayu untuk meramalkan fenomena itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sekumpulan saintis memberi amaran kemugkinan berlaku kejadian ribut besar di angkasa lepas yang mampu mencetuskan fenomena ‘kiamat internet’ dalam dekad akan datang.

Menurut laporan Kosmo yang memetik Daily Star, kejadian itu diramalkan akan menyebabkan gangguan talian selama berbulan-bulan atau lebih teruk lagi bertahun-tahun dengan merosakkan satelit dan talian kuasa, kata saintis.

Gambar sekadar hiasan (Sumber gambar: Pexels)

1% peluang lihat ribut lain dalam dekad mendatang

Dr. Benjamin Pope dari Universiti Queensland di Australia berkata, berdasarkan data yang ada, terdapat kira-kira 1% peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang.

“Namun, kami tidak tahu bagaimana untuk meramalkannya atau apa kemudaratan yang mungkin berlaku disebabkannya. Kemungkinan ini agak membimbangkan, dan meletakkan asas untuk penyelidikan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pasukan saintis yang melakukan kajian tersebut menggunakan lapisan pada batang kayu untuk meramalkan fenomena itu.

Peristiwa Miyake jadi setiap 1,000 tahun

“Letusan besar sinaran kosmik yang dikenali sebagai Peristiwa Miyake ini berlaku kira-kira sekali setiap 1,000 tahun tetapi puncanya tidak jelas.

“Teori utama adalah letusan suria yang besar. Kita perlu mengetahui lebih lanjut kerana jika salah satu daripadanya berlaku hari ini, ia akan memusnahkan teknologi termasuk satelit, kabel internet, talian kuasa jarak jauh dan transformer.

“Kesan ke atas infrastruktur global juga tidak dapat dibayangkan,” katanya lagi.

Kiamat Internet mampu jejaskan kerja

Tidak dinafikan, hampir keseluruhan pekerjaan pada masa kini memerlukan akses internet, jadi sekiranya ramalan ini terjadi nanti sudah pasti hampir kesemua pekerjaan di dunia ini akan terjejas.

Gambar sekadar hiasan (Sumber gambar: Pexels)

BACA JUGA: Ribut Matahari Dijangka Bakal Melanda Bumi Malam Ini, 14 Mac


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd