Now Reading
Ribut Matahari Dijangka Bakal Melanda Bumi Malam Ini, 14 Mac

Ribut Matahari Dijangka Bakal Melanda Bumi Malam Ini, 14 Mac

Ribut suria akan melanda bumi antara pukul 8 malam hingga 5 pagi (waktu tempatan).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) menjangkakan lebih 80% kebarangkalian ribut Matahari kuat akan melanda Bumi pada malam ini (14 Mac).

Britain akan mendapat kesan dalam 20% akibat ribut yang akan melanda itu.

Menurut Ahli Fizik Angkasa Lepas, Dr. Tamitha Skov, beliau mengesahkan ribut matahari itu dijangka akan melanda pada sebelah malam (waktu tempatan).

Penemuan tepat! Model ramalan NOAA dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan ribut suria akan melanda Bumi antara pukul 8 malam hingga 5 pagi (waktu tempatan).

Ahli Fizik Angkasa Lepas, Dr. Tamitha Skov.

Aurora.

Orang ramai di seluruh dunia juga akan berpeluang melihat Aurora, iaitu satu fenomena cahaya yang sering dilihat di kawasan berlatitud tinggi.

Penduduk ke arah Khatulistiwa juga dijangka dapat melihat dengan lebih jauh semasa ribut itu berlaku.

Tambahnya, kesan daripada fenomena tersebut dijangka kuat boleh berlaku selepas berlakunya fenomena itu.

Sumber: Science News for Students.

Aurora mungkin boleh dilihat jauh ke latitud tengah selain akan berlakunya gangguan kepada radio amatur dan penerimaan GPS, terutamanya menjelang waktu subuh, senja atau malam di bumi.

Ahli Fizik Angkasa Lepas, Dr. Tamitha Skov.

Khamis lalu (10 Mac), satu suar suria kelas C yang agak lemah meletus dari sisi matahari menghadap bumi.

Ahli Astronomi dan penulis di spaceweather.com, Dr. Tony Phillips menjelaskan letusan kali ini dikatakan bertahan selama hampir 12 jam.

It was the best Northern Lights show for years.

Dr. Tony Phillips.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd