Now Reading
“Kenapa Mama Tak Bagitau Kakak…” – Ibu Sorok Berita Sakit, Risau Anak Hilang Tumpuan

“Kenapa Mama Tak Bagitau Kakak…” – Ibu Sorok Berita Sakit, Risau Anak Hilang Tumpuan

Ahli keluarga Nabila telah menyembunyikan penyakit yang dihidapi oleh ibunya sepanjang tempoh menjalankan latihan Tentera Darat Malaysia (TDM) di Port Dickson.

perajurit muda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila bercakap soal ibu, pasti berasa sebak tak terkata dengan pengorbanan yang telah diberikan oleh insan ini.

Bukan itu sahaja, jika menonton klip-klip video sedih tentang ibu di media sosial, mesti akan turut mengalirkan air mata.

Kepada korang yang masih ada wanita ini di sisi, hargai dan sayangilah mereka sebelum terlambat.


Ahli Keluarga Sorok Berita Tentang Ibu Sakit Sepanjang Anak Dalam Latihan TDM

Baru-baru ini tular lagi sebuah klip video yang memilukan di laman TikTok (@nrint4nnnn___), menyaksikan seorang Perajurit Muda bernama Nabila sedang menangis apabila berjumpa dengan ibunya yang berkerusi roda.

Menurut perkongsian adiknya, kejadian ini berlaku di Dataran PUSASDA, Port Dickson, Negeri Sembilan ketika majlis pengambilan Perajurit Muda Siri 197/23 & Wanita 48/23.

Menerusi kapsyen, ahli keluarga Nabila telah menyembunyikan penyakit yang dihidapi oleh ibunya sepanjang tempoh menjalankan latihan Tentera Darat Malaysia (TDM) di tempat berkenaan.

Hal ini kerana mereka berasa risau jika tumpuan Nabila akan terganggu dalam mempersiapkan diri untuk menjadi Perajurit Muda.

Menurut satu komen oleh pengguna yang dipercayai mengenali si ibu itu, wanita ini didakwa menghidapi penyakit kanser tahap empat dan tidak boleh berjalan.

Sumber: TikTok (@nrint4nnnn___)

“Kenapa mama tak beritahu pada akak,” ujar Nabila sambil menitiskan air mata.

Gadis ini yang berada dalam kesedihan kemudian datang menghampiri ibu dan memeluknya dengan erat.

“Mama sihat sebab itu mama datang, kuat nak tengok akak,” jelas si ibu.

Wanita lain yang dipercayai ahli keluarga lain dilihat turut memujuk Nabila sambil mengusap belakang badan bagi menenangkannya.


Warganet Sebak Lihat Anak Menangis & Peluk Ibu Yang Sedang Sakit

Menjengah ke ruangan komen, boleh dilihat ramai orang yang terkesan dan sedih menyaksikan video itu.

“Besar betul pengorbanan seorang emak,” jelas seorang pengguna.

Ramai yang berkata mereka turut mengalirkan air mata kerana situasi sebak antara seorang ibu dan anak.

Beberapa pengguna TikTok juga dalam masa yang sama tidak ketinggalan untuk mengirimkan doa agar kesihatan ibu Nabila beransur pulih.

Sayu betul menyaksikan Nabila memeluk emaknya, kami berharap ahli keluarga semua bertabah dan sentiasa kuat dalam menempuh ujian mendatang.

Sumber: TikTok (@mat_qenyeh76)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Sebak Lihat Ibu Dukung Anak Sambil Jadi Rider Foodpanda

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Sanggup Ulang Alik Dari Melaka Ke Alor Setar Untuk Jaga Anak Sakit

Baca Artikel Berkaitan: Kasih Anak Lelaki Jaga Ibu Lumpuh Hidap Penyakit Kronik Sejak 12 Tahun Lalu

Sumber: TikTok (@nrint4nnnn___)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd