Now Reading
[Video] Netizen Sebak Lihat Ibu Dukung Anak Sambil Jadi Rider Foodpanda

[Video] Netizen Sebak Lihat Ibu Dukung Anak Sambil Jadi Rider Foodpanda

Anak kepada wanita itu juga dipercayai mempunyai masalah penglihatan pada kedua-dua belah mata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ibu adalah insan yang paling kuat dalam dunia. Selepas sembilan bulan sarat membawa kandungan dalam perut, kemudian membesarkan anak-anak pula dengan penuh kasih sayang.

Sebagai ibu bapa, pastinya mereka ingin berikan yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak.

Kalau wujud masalah kewangan, pastinya mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk mengatasi kekangan tersebut supaya anak hidup dengan selesa.

Walau susah macam mana sekalipun, ibu pastinya akan mementingkan anaknya terlebih dahulu.

BACA JUGA: Ibu Sempat Tinggalkan Nota Kepada Doktor Sebelum Meninggal Dunia

Pengorbanan ibu cari rezeki

Baru-baru ini , pengguna TikTok @zarethnasha memuat naik satu video yang membuatkan ramai sedih apabila seorang wanita dilihat mendukung anaknya pada badan sambil menaiki motosikal.

Lebih memilukan, anak kepada wanita tersebut juga mempunyai masalah penglihatan pada kedua-dua belah mata.

Wanita itu dipercayai bekerja sebagai rider Foodpanda kerana terlihat kotak bungkusan syarikat tersebut di bahagian belakang motosikalnya.

Kredit: TikTok @zanethnasha

Rakaman ini diambil di sebuah stesen minyak Petronas di Bangsar yang bersebelahan dengan Pandamart.

Selepas terlihat wanita berkenaan, pengguna TikTok ini meminta suaminya memberi sedikit bantuan dari segi kewangan tetapi pemberian itu ditolak pada awalnya sebelum dia terpaksa menerimanya.

Melihat pengorbanan wanita itu mencari rezeki demi membesarkan anaknya membuatkan ramai yang menangis kesedihan termasuklah pengguna TikTok ini.

Ramai pernah hadapi pengalaman sama

Boleh dikatakan rata-rata warganet yang lain turut menangis melihat pengorbanan wanita tersebut.

Ramai yang mendoakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki pada masa akan datang.

Dalam pada masa yang sama, beberapa netizen turut berkongsi kisah apabila mereka pernah melalui pengalaman serupa ketika mencari rezeki untuk anak-anak.

Inilah pengorbanan seorang ibu.

Kami sendiri pun tak mampu tahan air mata. Semoga wanita ini kuat menghadapi dugaan dan dipermudahkan untuk mencari rezeki. Amin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd