Warga Emas Sanggup Ulang Alik Dari Melaka Ke Alor Setar Untuk Jaga Anak Sakit
Warga emas itu ingin balik menoreh getah beberapa hari di Alor Setar bagi mencari duit sebelum pulang semula menjaga anak di Melaka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila teringat balik pengorbanan ibu bapa membesarkan kita, memang boleh mengalirkan air mata.
Kejayaan yang kita perolehi sekarang ini datang daripada jasa dan doa mereka berdua. Bukan senang nak membesarkan anak-anak.
BACA JUGA: [Video] Ayah Terharu Anak Hadiahkan Motosikal, Dulu Dijual Untuk Bayar Yuran Kolej
Sedih pula bila cakap tentang ibu bapa ni.
Ayah nak cari duit untuk jaga anak sakit di Melaka
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok Wan Abdul Hadi berkongsi kisah sedih apabila terjumpa seorang pakcik tua ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Batu Pahat, Johor.
Ketika singgah di RnR Ayer Keroh, Melaka, seorang pakcik tua melambai ke arahnya dan bertanya lokasi destinasi.
Selepas memberitahu yang dia ingin ke Kuala Lumpur, pakcik itu meminta tolong untuk meumpang keretanya sehingga ke Hentian Nilai.

Dalam perjalanan ke Hentian Nilai, mereka berdua sempat berborak.
Rupa-rupanya, pakcik itu yang tinggal di Alor Setar, Kedah datang ke Melaka menaiki bas untuk melawat anak perempuannya yang kemalangan motosikal.

Kemalangan itu menyebabkan anaknya patah kedua-dua belah kaki serta tangan dan masih koma sehingga kini.
Selepas tiga hari menjaga anaknya di Melaka, pakcik berusia 66 tahun ini telah kehabisan duit.

Menurutnya lagi, pakcik tua itu ingin pulang ke Alor Setar beberapa hari untuk mengumpul duit hasil daripada kerja menoreh getah sebelum kembali menjaga anaknya di Melaka.

Mendengar kisah sedih pakcik itu, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk menghantarnya terus ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) dan memberi sedikit wang untuk membeli tiket bas.

Boleh klik di sini untuk lihat video penuh. Jangan lupa sediakan tisu dahulu sebelum tengok.
Ramai puji tindakan lelaki ini bantu pakcik tua
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan lelaki ini membantu pakcik itu yang ingin pulang ke tempat asalnya.
Video ini juga mengundang reaksi sedih daripada netizen sehingga ada yang mengalirkan air mata.


Tak terbalas jasa dan pengorbanan ibu bapa menjaga kita. Betul tak?
Kami pun tak dapat tahan air mata bila baca kisah pakcik tua itu. Memang sedih tak boleh bawa bincang.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.