Now Reading
“Ya Allah Tak Sangka” – Wanita Terkejut Untung Cecah RM5,000 Jual Emas Lama

“Ya Allah Tak Sangka” – Wanita Terkejut Untung Cecah RM5,000 Jual Emas Lama

Seorang wanita terkejut rantai emas yang dibeli olehnya pada tahun 2001 dengan harga RM1,800 kini bernilai RM7,142.

untung emas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai juga di kalangan masyarakat mempunyai hobi menyimpan barangan lama atau antik. Boleh jadi disebabkan minat, hobi atau berhasrat untuk menjual semula pada kemudian hari.

Kalau anda nak tahu, barangan antik amat besar nilainya kerana memiliki sejarah yang unik.

Kepada mereka yang berhasrat untuk menjual barangan tersebut, anda perlu tahu bahawa semakin lama barang itu disimpan, semakin mahal harganya.


Wanita Teruja Emas Yang Dijual Semula Dapat Untung Lebih RM5,000

Baru-baru ini, tular satu hantaran di TikTok (@kedaiemasokidjaya) menyaksikan seorang wanita yang sedang menjual balik emas miliknya sejak tahun 2001.

Dalam video itu, pengusaha Kedai Emas Okid Jaya di Kelantan telah memberitahu jumlah keuntungan bakal diperoleh oleh wanita yang menjual emasnya setelah selesai ditimbang dan diperiksa.

Rantai emas yang dibeli pada tahun 2001 pada asalnya hanya berjumlah RM1,800 sahaja namun kini bernilai RM7,142.

Terkejut mendengar jumlah yang banyak, wanita itu kelihatan gembira apabila diberitahu dia memperoleh untung sebanyak RM5,342. Banyak betul bezanya, harga emas tersebut sudah meningkat hampir empat kali ganda!

Tambah wanita tersebut, rantai emas seberat 27.65g yang telah dibeli olehnya pada tahun 2001 merupakan duit hantaran zaman dahulu.

“Seribu lebih je dulu, hari ini datang tanya jadi tujuh ribu lebih,” ujar individu itu.

Selain itu, dia turut berkata bahawa nilai emas pada tahun-tahun sebelum ini tidak boleh lagi didapati masa kini.

“Beli sekarang sebab harga emas makin hari makin mahal,” tambah toke emas tersebut.

Individu dan pengusaha itu bersetuju bahawa emas yang disimpan lama sememangnya menguntungkan lebih-lebih lagi buat para wanita.

Sumber: TikTok (@kedaiemasokidjaya)

Tips Beli Emas Yang Anda Perlu Tahu

Khusus buat mereka yang teringin membeli emas, terdapat beberapa info yang anda perlu beri perhatian agar tidak tersilap dan memberi keuntungan yang banyak. Antaranya:

1. Membeli Emas Jenis Fizikal

Anda semua diingatkan untuk membeli emas yang boleh disentuh dan bukannya emas yang boleh dilihat nilainya menerusi buku slip sahaja.

Pembelian emas secara fizikal dapat mengelakkan risiko ditipu oleh scammer.

2. Melabur 50% Sahaja Daripada Wang Simpanan

Adalah penting untuk tidak berasa tamak dan berhati-hati dalam melaburkan wang ketika membeli emas. Anda dinasihatkan supaya berbelanja sebanyak 50% sahaja daripada duit simpanan buat membeli barangan kemas ini.

Hal ini bertujuan agar anda mempunyai simpanan ketika waktu kecemasan.

3. Beli Ketika Anda Ada Duit

Belilah emas ketika anda mempunyai duit yang mencukupi dan bukannya menunggu semasa harga ia menurun.

Ini kerana jika emas dibeli mempunyai nilai yang tinggi, ia boleh digadaikan dengan harga mahal pada masa akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran, Ini Penjelasan Mufti

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Jelaskan Hukum Orang Islam Sertai Permainan Kutu Emas

Baca Artikel Berkaitan: Petronas Catat Untung Terbesar Dalam Sejarah Iaitu RM101.6 Bilion

Sumber: TikTok (@kedaiemasokidjaya) | Harga Emas MY


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd