Now Reading
Mufti Jelaskan Hukum Orang Islam Sertai Permainan Kutu Emas

Mufti Jelaskan Hukum Orang Islam Sertai Permainan Kutu Emas

Permainan kutu emas adalah berbeza hukumnya dengan pembelian emas secara ansuran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan hampir semua wanita suka memakai emas sebagai perhiasan diri. Ada yang suka memakai gelang, rantai, anting-anting dan sebagainya.

Tapi, nak beli secara tunai dalam satu kali pembayaran agak mahal pula.

Jadi, ada yang mengambil langkah dengan menyertai kutu emas bagi membolehkan diri mereka memiliki emas.

Walaupun agak lambat tapi bolehlah merasa pakai emas.

Kredit: Pesona Pengantin

Boleh ke sertai kutu emas? Apa hukumnya?

Hukumnya harus di sisi agama Islam

Pembelian emas secara bayaran ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah yang terjadi akibat sengaja menangguhkan pembayaran.

BACA JUGA: Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran, Ini Penjelasan Mufti

Namun, berbeza pula dengan hukum menyertai kutu emas.

Kredit: Azhafizah

Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa hukum menyertai kutu emas adalah HARUS, berdasarkan kepada dua situasi seperti berikut:

  • Sebahagian ulama menganggap perbuatan ini sebagai akad qurud mutabadilah yang dibenarkan dalam Islam. Tidak berlaku unsur riba nasi’ah kerana emas dibeli mengikut harga semasa dan secara tunai oleh pemilik giliran.
  • Perjanjian yang dibuat antara “Mak Kutu” dan ahli kutu melibatkan jual beli emas pada waktu tertentu wajib dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat berdasarkan prinsip perjanjian bersama. Sebarang pelanggaran janji sekiranya mengakibatkan kerugian pada suatu pihak, maka pihak yang melanggar janji perlulah menanggung kos kerugian sebenar tersebut.

Yang penting, setiap ahli yang menyertai kutu emas ini perlu menepati janji untuk membayar amaun ditetapkan setiap bulan supaya tidak mengganggu proses mana-mana ahli dalam kumpulan.

Pendirian ini bersandarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:  

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: “Orang muslim itu berpegang pada janji mereka.”

Riwayat Abu Daud (3594)

Apa itu permainan kutu?

Permainan kutu adalah apabila sekumpulan individu membayar kadar wang yang sama pada setiap bulan. Selepas itu, undian akan dibuat bagi menentukan giliran ahli yang bakal menerima wang kutu tersebut.

Sesetengah orang menyertai permainan ini kerana dianggap boleh meringankan beban kewangan dan juga hutang dalam pembelian.

Kredit: Vanilla Kismis

Tapi, perlu diingatkan bahawa setiap ahli harus berhati-hati agar tidak diperdaya oleh “Mak Kutu”.

Kerana ada juga di antara mereka yang mengambil kesempatan untuk mengenakan yuran keahlian dan menuntut keuntungan dari kesemua ahli.

Kalau diikutkan, perbuatan ini dikiranya menyalahi undang-undang persekutuan.

Kesimpulannya, tak salah nak sertai kutu emas. Yang penting masing-masing perlu memahami dan mematuhi syarat ditetapkan supaya tidak tergelincir melakukan perkara yang dilarang oleh agama Islam.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd