Now Reading
Petronas Catat Untung Terbesar Dalam Sejarah Iaitu RM101.6 Bilion

Petronas Catat Untung Terbesar Dalam Sejarah Iaitu RM101.6 Bilion

Selain itu, dalam tahun kewangan dikaji, Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi (CFFO) PETRONAS meningkat kepada RM135.3 bilion. Manakala jumlah asetnya kukuh kepada RM710.6 bilion setakat 31 Disember 2022.

petronas untung bersih

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Petronas mencatatkan prestasi yang begitu kukuh apabila berjaya mencapai peningkatan keuntungan bersih berjumlah RM101.6 bilion dengan kenaikan 100% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022).

Lebih mengejutkan, keuntungan bersih itu adalah yang terbesar dalam sejarah sejak Petronas mula beroperasi. Tambahan pula, dalam tempoh dikaji, syarikat berkenaan juga mencatatkan pendapatan tertinggi berjumlah RM375.3 bilion.

petronas untung bersih
Nota: Semua nombor adalah dalam RM bilion.
(Sumber: Petronas)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz menjelaskan pencapaian memberangsangkan itu diterima berikutan kesan harga yang lebih baik bagi produk utama seiring dengan harga penanda aras lebih tinggi.

Beliau berkata, prestasi kewangan itu disokong oleh strategi pertumbuhan tiga serampang serta pengurusan kewangan berhemat dan disiplin modal yang teguh dengan melabur secara bertanggungjawab.

Ulas beliau lagi, dalam persekitaran tidak menentu, Petronas terus melaksanakan pengurusan kewangan berhemat dan disiplin tegas dalam melabur semula bagi menyediakan keselamatan tenaga yang diperlukan serta peralihan adil dan bertanggungjawab.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
(Sumber: Tatler Asia)

Ketika tahun 2022 membolehkan kami memanfaatkan lonjakan minyak dan gas, tahun lalu juga memberikan isyarat ketidaktentuan terhadap permintaan-bekalan yang didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran serta peralihan tenaga yang dipercepatkan. Walaupun kami maju dengan kedudukan yang lebih kukuh, PETRONAS akan terus memantapkan rantaian nilai bersepadu kami dengan tumpuan yang lebih memfokuskan kepada kecemerlangan komersial dan operasi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz ketika sidang media prestasi kewangan PETRONAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Aliran Tunai Daripada CFFO Petronas Meningkat Kepada RM135.3 Bilion

Selain itu, dalam tahun kewangan dikaji, Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi (CFFO) PETRONAS meningkat kepada RM135.3 bilion. Manakala jumlah asetnya kukuh kepada RM710.6 bilion setakat 31 Disember 2022.

Petronas mencatat keuntungan bersih RM24.4 bilion dan pendapatan RM105.9 bilion pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 yang disumbangkan terutamanya oleh kesan harga menggalakkan untuk kesemua produk dan jumlah jualan yang meningkat.

Tengku Muhammad Taufik dalam masa yang sama menambah bahawa Petronas akan memberi tumpuan kepada penyampaian strategi pertumbuhan tiga serampang serta aspirasi Pelepasan Sifar Karbon Bersih menjelang 2050 secara berdisiplin termasuk pengurusan komitmen kewangan dan obligasi hutang secara berhemat.

Petronas juga akan mengekalkan keupayaannya dalam menyampaikan nilai jangka panjang yang mampan sebagai syarikat minyak nasional dan pemain tenaga global.

PETRONAS perlu kekal teguh dalam menyediakan tenaga yang selamat, mampu milik dan boleh capai ke arah memartabatkan masyarakat dan menyokong negara bagi mencapai cita-cita sifar bersih. PETRONAS berazam untuk melaksanakannya dengan teguh melalui perkongsian yang lebih kukuh dengan pihak berkepentingan, rakan kongsi, pemain syarikat sokongan industri minyak dan gas (OGSE) tempatan dan pelanggan di seluruh dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz ketika sidang media prestasi kewangan PETRONAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Bagaimanapun, Petronas menjelaskan industri minyak dan gas berpotensi menyaksikan harga menjadi sederhana pada tahun 2023 memandangkan kelembapan ekonomi yang dijangkakan, walaupun ia berdepan dengan ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan.

Dalam persekitaran ini, Petronas akan terus memacu kecemerlangan operasi dalam perniagaan terasnya sambil mengejar sasaran pertumbuhan dan kemampanannya.

KLIK SINI untuk laporan penuh.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd