“Patutlah Harga Makin Mahal” – Pelanggan Terhibur Jumpa Rantai Emas Dalam Maggi Goreng Yang Dibeli Dari Bazar Ramadan
Kebetulan pula rantai emas itu pun warna kuning dan hampir sama dengan warna maggi goreng yang dibeli dari bazar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Berbicara tentang bazar Ramadan, ada macam-macam jenis cerita yang kurang enak didengar daripada segelintir pengunjung, terutamanya aduan tentang kualiti makanan yang dijual oleh peniaga.
Terdahulu, tular tentang hidangan ayam percik dijual di sebuah bazar Ramadan dikatakan meletakkan sos celupan di dalam bekas yang kebiasaanya digunakan untuk mengisi sampah.
Malah, keadaan bekas itu yang diletakkan secara terus di atas jalan tar tanpa sebarang alas membuatkan ramai netizen loya melihatnya.
BACA JUGA: Kembang Tekak! Peniaga Ayam Percik Dikatakan Letak Sos Dalam Tong Sampah
BACA JUGA: “Karipap Sampah!” – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Karipap Dijual Pakej Dengan Inti Berlendir & Berkulat
Pelanggan Jumpa Rantai Emas Dalam Hidangan Maggi Goreng Yang Dibeli Dari Bazar Ramadan
Seorang pengguna Facebook (Andy Tan) menerusi hantaran yang dimuat naik olehnya menceritakan kisah apabila dia terjumpa bendasing di dalam hidangan maggi goreng yang dibeli dari bazar.
Nak tahu dia jumpa apa dalam maggi goreng tersebut? Ada rantai emas ya. Bukan biasa-biasa!
Kebetulan pula rantai emas itu pun warna kuning dan hampir sama dengan warna maggi goreng tersebut. Macam ‘camouflage’ pula.
Wajahnya yang ditutup dengan pelekat reaksi ketawa mungkin menggambarkan keadaan dia yang terhibur ketika melihat ada rantai emas di dalam maggi goreng tersebut.
Netizen Terhibur Dan Katanya Nak Beli Maggi Goreng Yang Sama Juga. Mana Tahu Dapat Emas!
Hantaran yang dimuat naik itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya terhibur melihat kewujudan rantai emas di dalam hidangan berkenaan.
Siap ada yang bertanya lokasi kedai dia membeli maggi goreng itu. Mana tahu mereka ada rezeki dapat emas percuma juga.
Lebih menghiburkan lagi, ayat pada baju yang dipakainya tertulis “Based on true story” seolah-olah kena dengan situasi yang dialami.
Pelanggan Boleh Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa Jika Ada Peniaga Jual Makanan Rosak
Sejak akhir-akhir ini, ada banyak aduan tentang hidangan makanan yang dijual dalam keadaan rosak dan tidak bersih untuk dimakan.
Jika anda ingin membuat laporan atau aduan serta mempunyai sebarang pertanyaan tentang isu keselamatan makanan, terdapat beberapa alternatif yang boleh dilakukan. Antaranya:
- Datang ke Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
- Menghubungi talian BKKM (03-8885 0797) atau 1MOCC (03-8000 8000).
- Membuat laporan di laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA).
- Menghantar mesej ke laman Facebook BKKMHQ.
- Menghantar faks di talian 03-8885 0769.
- Menghantar surat ke Pejabat BKKM atau Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.
BACA JUGA: Pelanggan Kecewa Peniaga Air Di Bazar Ramadan Caj RM3 Jika Kurangkan Ais
BACA JUGA: Ramai Bengang Peniaga Bazar Ramadan Di Singapura Jual Daging Khinzir
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.