Now Reading
Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran, Ini Penjelasan Mufti

Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran, Ini Penjelasan Mufti

Pembelian emas secara ansuran adalah HARAM dan TIDAK SAH kerana mengandungi unsur riba al-nasiah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila harga emas tengah jatuh, memang ramai yang akan mula membelinya.

Boleh nampak orang ramai beratur panjang nak tunggu giliran masuk kedai emas.

Sesetengah orang membelinya untuk perhiasan diri dan ada juga yang mahu menyimpan wang mereka dalam bentuk emas.

Namun, ada segelintir individu yang tidak berkemampuan untuk membayar harga emas yang agak tinggi tetapi masih berkemahuan memilikinya.

Jadi, boleh ke berhutang untuk membeli emas?

Kredit: Pesona Pengantin

Bayar emas secara ansuran? Apa hukumnya?

Segelintir individu berkeinginan nak membeli emas tetapi tidak berkemampuan untuk membayarnya secara tunai.

Kebetulan pula sekarang ini memang banyak kedai emas atas talian yang menawarkan khidmat bayaran ansuran kepada pembeli, makin ramailah yang rambang mata.

Oleh itu, Mufti Wilayah Persekutuan terpanggil untuk membuat perkongsian mengenai ini di laman Facebook rasmi mereka tentang hukum membeli emas secara ansuran.

Menurutnya, hukum menjual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah yang terjadi akibat sengaja menangguhkan pembayaran.

Pembelian emas perlu dibayar serta-merta dan tidak boleh ditangguhkan.

Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ

Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.

Hadis Muslim (1587)

Nak beli juga tapi tak cukup duit?

Jika keadaan tidak mengizinkan untuk membeli emas ketika itu disebabkan kurang berkemampuan dari segi kewangan, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman wang daripada pihak ketiga terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam wang daripada pihak yang sama menjual emas kerana Nabi Muhammad SAW melarang umatnya berjual beli dan hutang dalam satu masa yang sama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.

(Musnad Ahmad, 10/120)

Sesetengah ulama menjadikan hadis di atas sebagai tunjang utama dalam melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam proses jual beli.

Kredit: Utusan

Kesimpulannya, para pembeli dinasihatkan untuk tidak menambahkan bebanan hutang melainkan bagi tujuan terdesak sahaja.

Kalau ada duit lebih sekalipun untuk membeli emas dan aset harta yang lain, belilah dengan syarat yang ditetapkan mengikut Islam.

Tak salah pun nak beli emas, tapi biar kena dengan caranya.

Kredit: Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd