Now Reading
“Hikmah Kepadaku Untuk Berhijrah” – Penjaga Blake Peluk Islam

“Hikmah Kepadaku Untuk Berhijrah” – Penjaga Blake Peluk Islam

Salbuddin menganggap pemergian anjing pengesan Blake pada minggu lalu sebagai titik permulaan buatnya untuk mula berhijrah ke arah agama Islam.

penjaga blake masuk islam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kehilangan haiwan peliharaan adalah sangat memilukan buat mereka yang sudah menjaganya dalam tempoh lama.

Kadangkala, mereka ini bukan sahaja dianggap haiwan peliharaan malah sudah dikira sebagai salah satu ahli keluarga kerana sentiasa bersama ketika waktu suka dan duka.

Oleh itu jika peneman tersebut masih di samping anda, hargai dan sayangilah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.


Penjaga Blake Peluk Islam Lepas 3 Hari Pemergian Anjingnya

Baru-baru ini, tular satu klip video di akaun TikTok (@iraqmantul), menyaksikan seorang penjaga anjing pengesan K9 membuat keputusan untuk memeluk agama Islam selepas anjing kesayangan, Blake ditidurkan.

Berita gembira ini telah dikongsikan bersama orang ramai apabila penjaga Blake dikenali sebagai Salbuddin Salleh, 34, bertindak untuk berhijrah dengan memeluk agama Islam selepas tiga hari anjing yang dijaga sejak tahun 2018 meninggalkannya.

Dalam rakaman video yang dikongsi, Salbuddin dipercayai sedang mengucap dua kalimah syahadah diiringi seorang individu bersama seorang lagi saksi yang lain.

Walaupun sedang berduka, namun Salbuddin mengganggap ujian ini sebagai satu hikmah dan permulaan buatnya supaya meneruskan naluri memeluk agama Islam.

Memetik laporan Kosmo, Salbuddin berkata dia telah pun berniat untuk berhijrah sebelum ini namun perasaan telah dipendam kerana dia sahaja yang masih belum memeluk agama Islam dalam keluarganya.

“Saya juga kini sedang cuba menghafal beberapa surah termasuk al-Fatihah, doakan saya semoga sentiasa istiqamah,” kata penjaga Blake.

Sumber: Kosmo/TikTok (@iraqmantul)

Terdahulu, anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake telah ditidurkan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Keputusan tersebut diambil apabila anjing ini yang sedang bertarung penyakit barah limfoma tahap empat tidak lagi mempunyai harapan untuk sembuh.


Orang Ramai Beri Reaksi Positif Terhadap Penghijrahan Salbuddin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa syukur dan memberikan reaksi positif terhadap keputusan Salbuddin bagi memeluk agama Islam.

Ada juga yang berkata penghijrahan individu ini adalah salah satu berkat doa Blake ketika ia masih hidup untuk melihat tuannya diredhai Allah SWT.

“Mesti Blake nak tuan dia sama-sama masuk syurga,” ujar seorang pengguna.

Sumber: TikTok (@iraqmantul)

Alhamdulillah, semoga Salbuddin menjadi seorang Muslim yang soleh dan bahagia di dunia serta akhirat.


Ini Beberapa Syarat Menjadi Seorang Mualaf Yang Anda Perlu Tahu

Mualaf didefinisikan sebagai orang yang baru sahaja memeluk agama Islam sama ada imannya dhaif ataupun sudah kuat.

Buat individu bukan Muslim yang berhasrat untuk berhijrah ke agama Islam, di sini kami kongsikan beberapa syarat supaya menjadi seorang mualaf.

  • Wajib berkhatan buat para lelaki.
  • Mengucapkan dua kalimah syahadah.
  • Mandi wajib untuk bersuci.
  • Bersedia untuk menjalankan setiap rukun Islam.

Baca Artikel Berkaitan: “Selamat Berehat, Blake” – Wira Batang Kali Ditidurkan Akibat Barah

Baca Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Alhamdulilah, Saya Islam” – Kevin Zahri Kongsi Kisah Agama, Pernah Masuk Gereja & Baca Bible

Sumber: TikTok (@iraqmantul) | Kosmo | JAKIM | YM Blog


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd