Now Reading
[Video] “Alhamdulilah, Saya Islam” – Kevin Zahri Kongsi Kisah Agama, Pernah Masuk Gereja & Baca Bible

[Video] “Alhamdulilah, Saya Islam” – Kevin Zahri Kongsi Kisah Agama, Pernah Masuk Gereja & Baca Bible

Menurut Kevin, Ketika di Malaysia ayahnya mendalami ilmu agama dan turut mendedahkan anak-anaknya mengenai ajaran Islam bersama bimbingan ustaz.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar atau lebih mesra dipanggil Kelvin tidak kisah untuk berkongsi cerita mengenai agamanya sejak kecil hingga hari ini.

Hal ini susulan ramai pengikutnya di media sosial sering bertanya dan ingin mengetahui status agama yang dianut Kevin memandangkan ia mempunyai darah campuran dan dilahirkan di luar negara.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @kevinzahri, ayah Kevin merupakan seorang Muslim berbangsa Melayu, manakala ibunya berwarganegara German yang beragama Kristian.

@kevinzahri

Life is a journey of discovery ❤️

♬ original sound – Kevin Zahri – Kevin Zahri

Ibu banyak mengajar tentang agama Kristian ketika masih kecil

Kata Kevin, semasa berada di German, ibunya banyak mengajarnya mengenai agama tersebut dan dia pernah ke gereja serta pernah membaca ‘bible’ semasa kecil.

“Saya terima banyak soalan mengenai agama saya sejak beberapa tahun lalu dan tak apa, sebab orang nak tahu kan. Saya membesar sebagai penganut agama Kristian.

“Ibu saya adalah orang yang banyak mengajar saya mengenai agama. Saya pernah pergi ke gereja, saya berdoa seperti Kristian malah saya pernah sertai kumpulan koir Krismas dan baca buku seperti ‘Bible’ semasa kecil,” katanya.

Menurutnya lagi, semuanya berubah setelah dia dan ayahnya berhijrah ke Malaysia ketika dia berumur 12 tahun.

Mendapat bimbingan agama Islam ketika berhijrah ke Malaysia

Ketika di Malaysia, ayahnya mendalami ilmu agama dan turut mendedahkan kepada anak-anaknya mengenai ajaran agama Islam dengan bimbingan ustaz.

“Sampailah suatu masa bila bapa berpindah ke Malaysia, beliau dapat hidayah mengenai keagamaan beliau sendiri dan juga tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.

“Jadi itu adalah permulaan untuk ayah saya mendedahkan kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” katanya lagi.

Sumber gambar: Instagram/kevinzahri

Susah untuk dirinya menerima Islam pada hari pertama

Berkongsi cerita lanjut, Kevin akui susah untuk dirinya menerima agama Islam pada hari pertama mendapat bimbingan dan ia mengambil sedikit masa untuk dirinya mempersoalkan mengenai sesuatu agama itu.

“Namun saya tak menerimanya pada hari yang pertama, ia mengambil sedikit masa untuk mempersoalkan agama A dan agama B,” ujar Kevin.

Di akhir video, Kevin memberitahu akan membuat satu lagi video berasingan bagi menceritakan perjalanan hidupnya sebagai seorang mualaf.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd