Now Reading
“Selamat Berehat, Blake” – Wira Batang Kali Ditidurkan Akibat Barah

“Selamat Berehat, Blake” – Wira Batang Kali Ditidurkan Akibat Barah

Blake merupakan salah satu daripada enam (6) anjing yang terlibat dalam operasi mengesan mangsa ketika kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada tahun lalu.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Terdahulu, beberapa pasukan anjing pengesan K9 telah membantu mengesan mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada 16 Disember 2022 yang lalu.

Enam anjing yang terlibat dalam operasi berkenaan dikenali sebagai Blake, Grouse, Denti, Lady, Pop dan Frankie.

Hasil bantuan pasukan anjing K9 ini telah berjaya mengesan 31 nyawa terkorban di dalam timbunan tanah melalui deria bau mereka.


Anjing Pengesan Blake Ditidurkan Akibat Barah Limfoma

Pada hari Isnin lalu (18 September), seekor anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah ditidurkan sekitar jam 4.38 petang selepas disahkan menghidapi barah limfoma.

Menurut kenyataan daripada unit JBPM, Blake yang bertugas di bawah unit Anjing Pengesan (K9), telah didiagnosis mempunyai penyakit tersebut pada 15 Ogos lalu.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi hantaran di Facebook berkata ketika Blake disahkan menghidap barah limfoma tersebut, Blake terus dikejarkan ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam keadaan badannya yang lesu dan tiada selera makan.

Sumber: X (Twitter @MySamudera)

Susulan itu, Blake dikatakan tidak memberi respon positif terhadap rawatan yang diberikan kepadanya sepanjang di veterinar. Dalam masa yang sama, barah yang dikesan telah pun merebak ke seluruh badannya dan semakin membesar.

Hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar Dr Nur Alimah Rahman, pihak jabatan telah bersetuju untuk menidurkan Blake kerana kesihatannya yang semakin merosot dan tiada harapan untuk kembali pulih.

Langkah ini dipercayai adalah keputusan terbaik untuk mengelakkan anjing tersebut daripada terus menderita menahan kesakitan penyakit itu.

Blake yang berusia 7 tahun telah banyak berbakti dalam setiap operasi yang dijalankan oleh pihak JBPM seperti mengesan mangsa lemas di Kampung Kenangan, Selangor, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah serta operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.


Orang Ramai Luah Rasa Sebak Kehilangan Hero Batang Kali, Blake

Sayu dengan kehilangan wira negara Blake, rata-rata orang ramai telah meluahkan rasa sebak dan kecewa atas kehilangan anjing ini.

Sumber: X (Twitter @danialrzk)

Dalam pada itu, orang ramai juga mengucapkan takziah buat ‘handler’ Blake yang pasti mempunyai banyak memori bertugas bersama anjing berkenaan.

“Jasa Blake tidak akan dilupakan,” inilah antara luahan sedih oleh netizen di media sosial.

Berehatlah Blake, terima kasih atas segala jasa sepanjang berbakti untuk negara.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Respect!” – Khidmat Anjing Pengesan Dalam Misi SAR Tanah Runtuh Batang Kali Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] 16 Mangsa Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Batang Kali

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tumpuan Menarik Ketika Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Di Dataran Putrajaya

Sumber: Malaysia Gazette | Free Malaysia Today


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd