Now Reading
[Terkini] 16 Mangsa Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Batang Kali

[Terkini] 16 Mangsa Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Batang Kali

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku di tapak perkhemahan berhampiran Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor.

tanah runtuh batang kali

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian yang tidak diingini berlaku pada awal pagi hari ini (16 Disember) apabila tapak perkhemahan berhampiran ladang organik di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor terlibat dalam kejadian tanah runtuh.

Memetik laporan dari Astro Awani, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan seramai 94 orang individu termasuklah kanak-kanak berada di lokasi kejadian.

Sumber: Bomba Selangor

Pengarah JBPM Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tanah runtuh itu pada jam 2:24 pagi sebelum para anggota dan jentera digegaskan ke tapak perkhemahan berkenaan.

Kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm sehingga menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan. Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis.

Setakat jam 1:00 petang, seramai 77 mangsa telah ditemui dan hasil siasatan mendapati 61 individu dalam keadaan selamat.

Namun, 16 individu dilaporkan meninggal dunia termasuklah kanak-kanak manakala 17 mangsa lagi belum dijumpai. Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sumber: Twitter @redzuanNewMPB

Perdana Menteri Akan Turun Ke Lokasi Pada Malam Ini

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat makluman berhubung kejadian tanah runtuh tersebut yang berlaku di jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.

Menteri-menteri yang terlibat juga akan turun ke lokasi pada pagi ini dan mereka dinasihati untuk tidak mengganggu operasi menyelamat.

Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat. Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, kawasan berhampiran Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands, Bentong juga dilaporkan pernah berlaku tanah runtuh dipercayai kerana sistem saliran yang tidak sempurna.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd