Now Reading
Ini 5 Tumpuan Menarik Ketika Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Di Dataran Putrajaya

Ini 5 Tumpuan Menarik Ketika Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Di Dataran Putrajaya

Perarakan ‘Abang Bomba’ pada tahun ini antara yang menjadi tumpuan ramai pengunjung ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

hari kebangsaan dataran putrajaya 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari Kebangsaan Ke-66 yang diraikan semalam (31 Ogos) di seluruh negara dan tertumpu di Dataran Putrajaya mendapat sambutan yang cukup meriah dari semua rakyat Malaysia.

Sambutan kali ini lebih meriah dan bersemangat sehingga dikatakan ada pengunjung yang sanggup berkhemah sehari sebelum sambutan di Dataran Putrajaya ya!

Ramai yang teruja dan ternanti-nantikan perarakan istimewa setiap kali menjelang Hari Kebangsaan.


5 Tumpuan Yang Mendapat Perhatian Ramai Ketika Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Di Dataran Putrajaya

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya telah mempersembahkan pelbagai jenis pertunjukan dan perarakan yang membuatkan ramai pengunjung kagum.

Antara tumpuan yang menjadi perhatian pengunjung ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya adalah:

#1. Perarakan Hari Kebangsaan 2023: ‘Abang Bomba’

Ketika sambutan Hari Kebangsaan pada tahun lalu, perarakan dari anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menjadi perhatian ramai.

Pada sambutan kali ini, ‘Abang Bomba’ sekali lagi dinanti-nantikan oleh para pengunjung dan mendapat sorakan yang cukup kuat.

Lebih mengujakan orang ramai lagi apabila beberapa anggota bomba memegang kain rentang yang tertulis ‘Abang Bomba Love You’ dan ‘Sayang Kamu Ketat Ketat’.

#2. Perarakan Hari Kebangsaan 2023: Anjing Penyelamat Bomba, Frankie

Selain anggota bomba, anjing penyelamat bernama ‘Frankie’ turut menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2023.

Frankie adalah salah satu anjing pengesan Unit Pengesan (K9) yang terlibat dalam siasatan kebakaran, misi mencari dan menyelamat (SAR) Cadaver dan SAR Wilderness.

#3. Perarakan Hari Kebangsaan 2023: Pertunjukan Jet Pesawat Pejuang TUDM

Pertunjukan udara yang melibatkan pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut memukau ramai pengunjung di Dataran Putrajaya.

Kalau anda menonton sambutan ini secara langsung di sana, memang meremang bulu roma ketika mendengar bunyi deruan beberapa pesawat pejuang berkenaan yang melintasi udara di Dataran Putrajaya.

Siaran langsung di Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) juga memaparkan situasi rakaman anggota yang memandu jet pejuang tersebut.

#4. Perarakan Hari Kebangsaan 2023: Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri dan Bersalaman Dengan Rakyat

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 pastinya turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketika berarak masuk, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri dilihat menyantuni serta bersalaman dengan para pengunjung yang hadir menghadiri acara tahunan itu di Dataran Putrajaya.

Ramai sungguh yang teruja dapat bersalaman dengan Baginda yang dikenali dengan sikap ramah serta mesra rakyat.

https://www.tiktok.com/@kak.ayu/video/7273339407220952328?_r=1&_t=8fJahmyjXE2

#5. Perarakan Hari Kebangsaan 2023: Pelompat Motosikal Wanita

Selain perarakan dari jabatan penyelamat melibatkan anggota bomba, tentera dan polis, persembahan motosikal juga dipersembahkan. Tetapi persembahan itu bukan biasa-biasa ya kerana ia dilakukan oleh seorang wanita!

Aksi lompatan ekstrem merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield itu dilakukan oleh Sarjan Saidatul Husna Kamarudin dengan cukup mengagumkan.

Lebih istimewa lagi, aksi tersebut buat pertama kalinya dilakukan oleh Saidatul di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Walaupun terpaksa bersesak dengan pengunjung yang sangat ramai, ia tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia untuk menonton Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya secara langsung.

Yes, semangat ini yang kita mahukan sebagai tanda cintakan tahah air!

Artikel Berkaitan: [Video] “Comel Lah Ustaz”- Gelagat UAI Ketika Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Raih Perhatian

Artikel Berkaitan: Anggota RELA Meninggal Dunia Ketika Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Di Seremban

Artikel Berkaitan: 7 Jenis Gelagat Pengunjung Perarakan Hari Kebangsaan Di Dataran Merdeka. #5 Paling Kelakar Ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd